Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Sabah recorded a trade surplus of 40.5 % in 2010


Sabah Chief Minister, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman



KOTA KINABALU, July 5, 2011 (Bernama) -- Sabah recorded a trade surplus of 40.5 per cent in 2010 compared to the year before in 2009, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said today 5 July 2011.

He said export of merchandise grew by 17.39 per cent to RM43.62 billion, while imports increased by 7.5 per cent to RM27.9 billion.

"Sabah's total trade in 2010 accounted for 6.1 per cent of Malaysia's total and this is is a positive transformation after the economic downturn in 2008," he said at the Malaysia International Chambers of Commerce and Industry (MICCI) Sabah Annual Luncheon in Kota Kinabalu.

The text of his speech was delivered by Deputy Chief Minister Datuk Dr Yee Moh Chai.

Musa said in the first quarter of this year, total trade amounted to RM18.9 billion with exports amounting to RM11.8 billion, in which 82.6 per cent was contributed by palm oil, crude petroleum, palm kernel oil, plywood and methanol, while imports amounted to RM7.1 billion.

He also noted Sabah's tourism sector continued to perform positively with the state registering an increase in visitor arrivals by 12.5 per cent reaching 870,197 in the first four months of this year compared to the same period last year.

"We are confident of growth in the tourism sector and expect five million tourist arrivals and a yearly receipt of RM8 billion by 2015," he said.

Meanwhile, Musa said the state government was commited to address global concerns over a changing climate by taking positive steps to contribute towards environmental sustainability.

Among the state government initiatives, he said, was to venture into renewable energy by building a RM280 million biomass plant with a South Korean firm at the Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster scheduled for commissioning by late next year.

"The plant will use vast quantities of palm oil waste for energy generation, helping us reduce greenhouse gas emissions while increasing power supply in the state.

"Turning biomass into energy makes perfect sense and will help position our state as one that truly cares for the environment," he said.

Tuesday, March 8, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umum 9 projek baru Program Transformasi Ekonomi, 8 Mac 2011







Sumber berita : Bernama, 8 Mac 2011, Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini 8 Mac 2011, mengumumkan sembilan lagi projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi, ETP, yang bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion, termasuk menjimatkan dan menjana RM11.71 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020.



Antara projek itu ialah meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor, memajukan sistem pengairan, meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani, penanaman beras wangi, projek-projek penjagaan kesihatan, nilai tambah huluan produk kelapa sawit serta kawasan tenaga diperbaharui di Nilai, termasuk kemudahan tenaga solar dan biogas.

"Projek-projek ini merupakan bukti yang Program Transformasi Ekonomi (ETP) kekal pada tahap yang tinggi," kata beliau semasa mengumumkan perkembangan terkini Program Transformasi Ekonomi di Kuala Lumpur, Selasa, 8 Mac 2011.



Apa yang lebih penting, kata beliau ialah ETP kini mempunyai kesan pemangkin ketara terhadap ekonomi sebagaimana yang dilihat daripada komitmen pelaburan daripada Projek Permulaan (EPP) dan asas projek serta kenaikan yang dijangka dalam pendapatan sebenar.

9 projek itu digabungkan dengan 11 projek yang sebelum ini diumumkan Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan menghasilkan RM14.74 bilion dalam pelaburan, RM20 bilion dalam PNK dan 88,354 lagi pekerjaan.



Mendahului senarai projek-projek baru itu ialah EPP di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam pelancongan, di mana Globalports Sdn Bhd, Bina Puri Properties Sdn Bhd dan Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd akan melabur RM600 juta untuk membangunkan infrastruktur pelabuhan laut penumpang kapal layar, kapal pesiaran dan feri dan pembangunan hartanah tebingan laut bagi projek Marina Island Pangkor International Resort & Entertainment dikenali sebagai Island 3.

Ia dijangka menjana PNK sebanyak RM9 bilion pada 2020, katanya.

Najib berkata penjagaan kesihatan, sebagai industri global, merupakan antara industri yang berkembang pantas dan dinamik dalam dunia serta cepat menjadi enjin pertumbuhan pertumbuhan ekonomi.

Dengan memanfaatkan potensi ini, General Electric Malaysia, bersama rakan kongsi tempatan termasuk REDtone International, melabur dalam teknologi dan kepakaran bagi membangunkan hab teleradiologi.



Dengan menghubungkan pakar radiologi sektor awam dan swasta di Malaysia dengan grid teleradiologi, hab ini akan bertindak untuk mengedar semula laporan kerja di Malaysia dan membina kapasiti yang akan menjana PNK dengan menyediakan perkhidmatan teleradiologi dari luar negara.

Najib berkata projek berkenaan dijangka memberi sumbangan PNK sebanyak RM540 juta dan mewujudkan 1,500 pekerjaan menjelang 2020.

Di bawah inisiatif NKEA dalam pertanian untuk menaikkan skala dan mengukuhkan pengeluaran padi di kawasan Muda di Kedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan melabur RM99.6 juta tahun ini bagi meningkatkan pengairan di kawasan itu serta memberi galakan kepada pekebun kecil supaya memajak tanah mereka atau bersetuju untuk diuruskan atas dasar perkongsian keuntungan kepada pengusaha yang lebih besar.




Pendapatan petani dijangka meningkat antara 30 dan 50 peratus menjelang 2020, dengan sumbangan PNK sebanyak RM1 bilion, katanya.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan dua varieti beras wangi, yang berkongsi banyak ciri-ciri dengan beras wangi dari luar.

Sebanyak RM26.6 juta pelaburan dijangka diterima daripada perkongsian awam-swasta antara MARDI dan Infoculture Sdn Bhd bagi memperkenalkan penanaman beras wangi ini di kawasan bukan kawasan jelapang padi dan memasarkannya sebagai beras organik dan beras wangi.

Inisiatif ini akan mempunyai kesan PNK sebanyak RM133 juta menjelang 2020, kata beliau.

Najib turut mengumumkan pelaburan sebanyak RM416.2 juta diterajui oleh Emery Oleochemicals Group dalam tiga sub-projek bagi menghasilkan minyak pelincir bio dan aditif polimer mesra alam serta bahan surfaktan untuk produk rumah dan kesejahteraan diri.

Ia akan menyumbang RM155 juta dalam PNK pada 2020, mewujudkan 86 jawatan baru.
Emery Oleochemicals merupakan usaha sama 50:50 antara Sime Darby Plantation dan PTT Chemical International, anak syarikat milik penuh dan cabang pelaburan antarabangsa PTT Chemicals PCL dari Thailand.



Dalam bidang elektrik dan elektronik, QAV Technologies Sdn Bhd akan melabur RM12 juta untuk membangunkan pusat pensijilan cahaya keadaan pepejal dan diode pemancar cahaya di Pulau Pinang.

Kemudahan ini, yang pertama di luar Amerika Syarikat, akan dapat melaksanakan ujian pensijilan mengikut pensijilan Institut Standard Nasional Amerika (ANSI) dan akan mengesahkan pematuhan produk Malaysia kepada standard global.

Ia dijangka menarik pelanggan dari Malaysia, bahagian lain di Asia, AS dan Eropah, dan memebrikan kesan PNK sebanyak RM510 juta menjelang 2020.

Bagi kecekapan tenaga, Faber Group Bhd akan menerajui projek yang dicadangkan terhadap Sistem Pengurusan Prestasi Tenaga (EPMS) dan memulakan audit tenaga di lima hospital awam bagi memastikan penggunaan kecekapan tenaga.

Projek ini dianggarkan menghasilkan RM18 juta penjimatan menjelang 2020.

Bagi tenaga diperbaharui, Cypark Resources Bhd melabur RM94.29 juta untuk membina kawasan tenaga diperbaharui di tapak pelupusan seluas 26 hektar di Pajam, Nilai.



Mengandungi loji janakuasa biogas 2-Megawatt(MW) dan kemudahan tenaga solar berkuasa 8-MW, kawasan berkenaan dijangka menjana PNK sebanyak RM12.16 juta pada 2020.

Najib berkata kejayaan projek perintis ini boleh menjadi pemangkin kepada projek yang sama di 31 tapak pelupusan lain di Semenanjung Malaysia.

Pihak berkuasa tempatan, di mana lokasi tapak pelupusan itu, akan dapat memanfaatkan sumber baru pendapatan dan diperlukan berbuat demikian atas dasar tender terbuka.



Sementara itu, Najib berkata sasaran pelaburan swasta sebanyak RM83 bilion tahun ini dijangka tercapai.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, purata sasaran pelaburan swasta adalah sebanyak RM115 bilion setahun.

Ia meliputi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang memerlukan bantuan dan FDI dan DDI yang tidak memerlukan bantuan.

"Secara menyeluruhnya, jumlah peningkatan potensi pelaburan ialah sebanyak RM127 bilion.

"Komitmen pelaburan bertahap tinggi ini membuktikan Malaysia menawarkan ekosistem pelaburan yang kondusif, yang menggalakkan pelaburan sektor swasta".

Najib berkata walaupun kesemua pelaburan berpotensi ini dirancang untuk tahun ini, tidak semuanya mungkin direalisasikan.

Bagaimanapun, berdasarkan peningkatan dalam pelaburan yang dirancang itu, Najib yakin sasaran pelaburan bernilai RM83 bilion untuk 2011 adalah dalam capaian.

Bagi mengesan FDI dan DDI yang tidak memerlukan bantuan, 5,835 surat kajian dihantar kepada syarikat tempatan dan asing di Malaysia, dan kira-kira 30 peratus memberikan respons yang mengatakan mereka komited untuk melabur RM50.6 bilion tahun ini.

Dengan mengambil kira pelaburan EPP berjumlah RM76 bilion tahun ini, jumlah potensi pelabur untuk 2011 dianggarkan bernilai RM127 bilion.

Tuesday, January 6, 2009

hikmah di sebalik kemerosotan ekonomi dunia


Pengangguran, pembuangan pekerja, syarikat yang lingup, muflis dan gulung tikar termasuk syarikat gergasi dunia – antara kesan negatif langsung akibat kegawatan ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Namun samada disedari atau tidak, ekonomi yang merudum itu tidak hanya memberi tempias negatif, malah turut memberikan impak positif ke atas dunia dan penduduknya.

Apakah impak positif itu?


Apabila ekonomi merudum, bilangan kenderaan yang dibeli turut berkurangan secara drastik. Ini mendorong syarikat pengeluar kenderaan utama dunia – TOYOTA memperlahankan kadar pengeluaran kereta – terbaru 6 hari dalam calendar pengeluarannya diitsyharkan sebagai hari "Tiada pengeluaran".

Apabila ini berlaku, maka bilangan kenderaan turut tidak bertambah – dan ini sekaligus mengurangkan kesan pencemaran udara akibat pengeluaran karbon monoksida dari asap ekzos, mengurangkan pengunaan diesel dan petrol serta bahan api lain.

Kesesakan lalu lintas juga tidak lagi bertambah parah – apabila bilangan kenderaan tidak bertambah.

Sebelum ini, syarikat pengeluar utama kenderaan dunia seperti TOYOTA, GENERAL MOTORS, HONDA, FORD, MERCEDES dan sebagainya berlumba lumba memasarkan kenderaan mereka – sehingga jualan kenderaan meningkat setiap tahun.

Nah……. Bilangan kenderaan ini mencetuskan masalah yang disebutkan tadi iaitu kesesakan, pencemaran dan pengunaan bahan api.
Orang ramai juga kini lebih mengutamakan pengangkutan awam.

Jika ini berterusan, maka sudah pasti Bank yang tidak mahu terus kerugian, bakal memperkenalkan pendekatan lebih mesra pelanggan - seperti memperkenalkan kadar faedah lebih rendah dan pembayaran balik pinjaman lebih fleksibel.

Orang ramai juga lebih berhati hati dan berhemah dalam perbelanjaan dalam usaha mengelak pembaziran.

Ini adalah fakta industri automatif di Malaysia pada 2008.

DALAM SUKU PERTAMA DAN KEDUA 2008, JUALAN KENDERAAN BERJUMLAH LEBIH 278 RIBU UNIT, MELONJAK 25.9 PERATUS BERBANDING TEMPOH SAMA TAHUN LALU.

PADA MASA SAMA, JUALAN KENDERAAN PENUMPANG DAN KENDERAAN KOMERSIAL TURUT MENINGKAT MASING MASING 26.8 PERATUS DAN 44.6 PERATUS BERBANDING TEMPOH SAMA TAHUN LALU.

254,290 UNIT KENDERAAN PENUMPANG DAN 23 RIBU 761 UNIT KENDERAAN KOMERSIAL, DIJUAL DALAM SUKU PERTAMA DAN KEDUA TAHUN INI.

IA ANTARA LAIN DIDORONG PELBAGAI INSENTIF YANG DITAWARKAN KERAJAAN TERMASUK PEMANSUHAN 10 PERATUS DUTI EKSAIS KENDERAAN KOMERSIAL DAN PENGURANGAN 20 PERATUS DUTI EKSAIS KENDERAAN PENUMPANG DALAM BAJET 2007.

INDUSTRI AUTOMATIF TEMPATAN DIJANGKA TERUS MENCATAT PERTUMBUHAN JUALAN BERDASARKAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN YANG MULA DILAKSANAKAN PADA 2010.

Saturday, December 20, 2008

Ekonomi merudum, salah siapa?? tindakan disengajakan negara kuasa besar?


Bercakap mengenai ekonomi merudum sekarang, tidakkah kita musykil bahawa senario ini berkemungkinan disumbang tindakan yang disengajakan oleh negara kuasa besar. The current economic recession is a deliberate act by the world super powers.
Ambil contoh Amerika Syarikat dan Eropah, mereka adalah pembeli terbesar apa juga produk termasuk komoditi yang diekspot oleh negara lain di dunia. Jika mereka sengaja tidak mahu membeli produk contohnya minyak kelapa sawit dari Malaysia, maka minyak kelapa sawit itu tidak mendapat permintaan. apabila ia berlaku, maka berlakulah lambakan stok minyak kelapa sawit di negara ini, sekaligus harganya menurun. begitu juga dengan barangan lain seperti besi, kayu balak, minyak dan sebagainya yang juga turun harganya apabila negara kuasa besar sengaja tidak mahu membelinya lagi meskipun kuasa belinya kekal sama seperti sebelum kegawatan ekonomi.
Nah. apabila harganya sudah turun kelak, maka USA dan negara2 lain mempunyai kelebihan untuk membeli apa sahaja barangan pada masa akan datang pada harga murah untuk faedah mereka. Kegawatan ekonomi berlaku bukan kerana ada pihak sengaja membakar 50 % atau USD 100 trillion daripada wang yang sedia ada dalam circulation di dunia. Wang tetap ada, permintaan tetap ada, kuasa beli tetap ada, bilangan penduduk tetap sama,
Cuma tindakan TIDAK MAHU MEMBELI yang sengaja dibuat - menyumbang kepada permasalahan ini. dan ini seterusnya membawa kepada pelbagai kesan domino seperti pemberhentian pekerja, kebankrapan syarikat, harga saham merudum dan petanda ekonomi yang terus negatif. Amerika Syarikat memang hebat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs