Showing posts with label rosnah shirlin. Show all posts
Showing posts with label rosnah shirlin. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Rosnah Shirlin bidas dan kecam individiu muat naik video menyambut raya bersama anjing..

KENYATAAN AKHBAR

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

TINDAKAN TERHADAP PEMBUAT VIDEO ‘1 HARI DI HARI RAYA’



Inilah video kontroversi itu.


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecamkan tindakan individu yang membuat video ‘1 Hari Di Hari Raya’ tersebut.



Tindakan beliau ini merupakan penghinaan terhadap umat Islam di Malaysia apatah lagi ia dilakukan dalam bulan Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi pembuat video tersebut merupakan seorang yang beragama Islam.



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat individu ini bukan sahaja perlu dikenakan tindakan undang-undang atas sebab penghasilan video dengan niat memprovok umat Islam di Malaysia tetapi juga, individu ini perlu diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Malaysia kerana tindakan beliau memperlihatkan beliau mempunyai masalah dengan pegangan akidah sebagai umat Islam atau mungkin kurang pemahaman mengenai hukum.



Kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman denda, penjara atau lain-lain hukuman, kita juga mungkin boleh mengecam beliau, memarahi beliau atas apa yang telah beliau lakukan. Tetapi perkara yang lebih penting adalah usaha kita untuk membantu untuk beliau memperbetulkan pegangan akidah agar perkara ini tidak menular ke dalam masyarakat.



Kita tidak mahu individu ini dikenakan tindakan undang-undang semata-mata kemudian apabila selesai menjalani hukuman beliau mengulangi perbuatan yang sama. Kita juga perlu menggarap usaha agar beliau berpasak pada pegangan akidah yang sebenar dan kukuh.



Hal ini kerana tindakan yang dilakukan oleh beliau ini pasti bersangkut dengan pegangan agama beliau. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu beliau kembali kepada pegangan akidah yang sebenar.







YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

Ketua Puteri Umno Malaysia

Kota Kinabalu : 1 Ogos 2013

Saturday, March 2, 2013

Rosnah Shirlin bidas Tian Chua mengenai kenyataan pencerobohan Lahad Datu, konspirasi UMNO



KENYATAAN YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENGENAI DAKWAAN NAIB PRESIDEN PKR, TIAN CHUA BAHAWA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ADALAH KONSPIRASI UMNO SERTA DILIHAT UMNO CUBA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK MENJADI HERO DAN MERAIH SOKONGAN RAKYAT.

Ketika rakyat masih bersedih dengan kehilangan dua “wira” negara semalam Naib Presiden PKR, Tian Chua, sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak berhati-perut serta tidak berasas mengatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

Adakah Naib Presiden PKR ini tidak memahami sensitiviti masyarakat? Kenapa pula perlu insiden pencerobohan Lahad Datu ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang? Tian Chua perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tuduhan biarlah berasas. Tidak ada satu kerajaan pun dalam dunia ini yang ingin mengambil risiko serta menggadaikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

Insiden pencerobohan Lahad Datu bukan satu isu yang remeh. Tak perlulah semua isu hendak dipolitikkan. Kenyataan Naib Presiden PKR ini seperti menangguk di air yang keruh.

Hendak jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang “berakal”. Hendak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang bijak. Bukan hanya tahu menunding jari. Sepatutnya baik pihak pembangkang mahupun kerajaan, seharusnya dilihat sama-sama bersatu dalam insiden yang sungguh malang ini.

Pencerobohan Lahad Datu merupakan isu negara. Setiap rakyat walaupun berlainan ideologi patut dilihat bersepakat dalam hal ini yang secara jelas mengenai sesuatu kumpulan yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Monday, February 25, 2013

Rosnah Shirlin bidas Anwar Ibrahim berkaitan kenyataan Anwar mengenai Arab Springs


Rosnah Shirlin


Anwar Ibrahim, jika dia dilahirkan di Sudan, Afrika, pasti Malaysia tidak huru hara dikerjakan olehnya. Bongok punya Anwar, kemaruk sangat nak jadi PM sehingga nak huru harakan negara. Brengsek. Kenapa Anwar Ibrahim tak dilahirkan di Sudan atau Swaziland atau Lesotho atau di Congo, Afrika. Bila itu berlaku, maka yang huru hara ialah Afrika, bukan Malaysia. Memang Anwar Ibrahim dilahirkan di Malaysia? INi hanya merosakkan Malaysia. Damnnnnnnnnnnnn...


KENYATAAN MEDIA YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI AMARAN TUN MAHATHIR BERKENAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SERTA ANCAMAN ARAB SPRING

Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara. Ancaman Datuk Seri Anwar ini hanyalah sekadar alasan bagi merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Saya amat bersetuju dengan amaran serta nasihat Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad haruslah dipandang secara serius.

Pihak Pembangkang memberikan alasan bahawa system serta pelaksanaan pilihan raya di negara ini tidak bersih sedangkan Datuk Seri Anwar sendiri tahu bahawa YAB Perdana Menteri kita yang tersayang serta Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan bahawa pilihan raya di negara dijalankan dengan telus dan bersih. Ini terbuktinya dengan pihak pembangkang dapat memenangi kerusi-kerusi di Parlimen selain mengambil alih beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak adil atau tidak bersih bagaimana Barisan Nasional (BN) membiarkan kegagalan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum yang lalu? (Fakta ini sudah disebut beribu ribu kali tetapi si dangkal Anwar Ibrahim tak pernah faham faham.. Bongok)

Datuk Seri Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Adakah ini demokrasi? Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya.

Adakah pemimpin sebegini yang diperlukan oleh rakyat? Seorang yang sanggup menjaja negara serta menggadaikan keamanan negara semata-mata hendak mencapai matlamat pihak pembangkang? Pihak pembangkang yang sentiasa berjuang berdasarkan fitnah dan tuduhan tanpa mengira kesan daripada ancaman serta fitnah mereka.

Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Datuk Seri Anwar,maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. Sekiranya Datuk Seri Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar,iaitu pilihanraya.

Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan,kerugian perniagaan,menderita atau bergadai nyawa untuk memastikan Datuk Seri Anwar dan pihak pembangkang mencapai cita-citanya.Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam ‘Arab Spring’ di negara Arab pasti akan memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

Hidup Malaysia. Pergi Mampus Anwar Ibrahim. Get Lost Anwar Ibrahim. You sucks

Datuk Rosnah Shirlin bidas Nik Aziz kerana samakan penerima BR1M seperti haiwan

KENYATAAN MEDIA YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MERANGKAP AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO SERTA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI ISU PENGHINAAN NIK AZIZ TERHADAP PENERIMA BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA.


Rosnah Shirlin


Nik Aziz

Kenyataan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang jelas menyamakan semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia umpama haiwan dan mengibaratkan wang bantuan BR1M umpama makanan haiwan amatlah mengecewakan dan memalukan.

Kebelakangan ini pihak pembangkang terutama sekali Nik Aziz amat sinonim dengan kata-kata kurang manis yang mana hampir setiap kali mengeluarkan kenyataan, kata-katanya merupakan satu bentuk penghinaan lebih-lebih lagi daripada seorang yang dianggap warak dan beragama seperti Nik Aziz. Adakah pihak pembangkang lupa kepada kepentingan adab serta moral dan nilai-nilai ketimuran kita?

Lupakah mereka kepada perkara kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan?

Ketika jutaan rakyat Malaysia beroleh nikmat bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dari Kerajaan Pusat, kata-kata penghinaan dihamburkan pihak pembangkang. Hamburan kata-kata tersebut amat mengguris hati sebahagian besar penerima BR1M dan mereka merasa amat tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang Tok Guru.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa Kenyataan Mursyidul AM Pas Nik Aziz Nik Mat sungguh mentakjubkan dan menghairankan bagaimana sebagai seorang pemimpin PAS yang sepatutnya berpegang kepada prinsip ajaran Agama Islam boleh membuat satu kenyataan yang begitu menghina penerima bantuan.
Hinakah rakyat hanya kerana mereka memerlukan bantuan dan hinakah rakyat hanya kerana mereka menerima bantuan yang dihulurkan daripada Kerajaan Pusat?

Nik Aziz sebagai seorang yang digelar Ulama, Tok Guru dan Mursyidul Am PAS sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kerana pengikut-pengikutnya telah mengangkat martabatnya di peringkat tertinggi biarpun tanpa tauliah yang diiktiraf. Peranan Ulama bukan sahaja ditunjukkan dari cara berserban dan berjubah, tetapi harus diadaptasi dengan kelakuan yang berakhlak dan sentiasa menjaga kata-kata selari dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sepatutnya, Nik Aziz perlu menggerakkan satu tindakan untuk membantu ekonomi rakyat supaya rakyat dan penyokongnya benar-benar dapat memandang tinggi kearahnya dan bukannya dengan hamburan kata-kata menghina sedemikian. Kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang hanya akan menambahkan rasa ‘meluat’ serta ‘menyampah’ rakyat terhadap permainan politik sempit pihak pembangkang.

Janganlah kerana pihak pembangkang tidak mampu memberikan bantuan serta kesenangan kepada rakyat maka rakyat yang menerima bantuan Kerajaan Pusat pula dihina dan ditohmah. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap.

All the best to you both..

Datuk Rosnah Shirlin berates Nik Aziz for asking Non Muslims to accept Islamic State Agenda

PRESS STATEMENT BY YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, MALAYSIAN DEPUTY MINISTER OF HEALTH AND HEAD OF THE UMNO’S YOUNG WOMEN’S WING ON MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ’S COMMENT ASKING NON-MUSLIMS TO ACCEPT ISLAMIC STATE AGENDA IF PAKATAN WINS THE 13TH GENERAL ELECTIONS.


Rosnah Shirlin


Nik Aziz Nik Mat

The statement made by Mursyidul AM PAS Nik Aziz asking Non-Muslims to accept an Islamic State Agenda if Pakatan wins the next General Election is mind boggling in my opinion. How would Nik Aziz define an Islamic State Agenda? In one part Nik Aziz claims that the current secular government (in his definition) should be replaced by an Islamic administration and only political parties that embrace Islam in their struggle were safe in this world and hereafter however in another part PAS works with DAP. This statement alone proves that PAS is contradicting itself.

Having said that, I strongly believe that PAS is practicising double standards when creating rules as well as policies to suit itself. PAS conveniently uses Islam when it suits them and as an excuse to impose self thought up ideas. I feel that the statement made by Nik Aziz is very one sided, biased and unfair. Malaysia is a multi-racial country therefore All Malaysians has the right to practice their own religion freely. Even in Islam we are taught not to force anyone to follow our beliefs. This is clearly stated in the Quran.

Nik Aziz’s statement clearly shows that the opposition does not think of the well being of ALL Malaysians and it would be a disaster if they were to form the ruling government after the next General Election. It also shows that the current alliance between PAS, PKR and DAP is a mere mockery and would create a lot of problems should they win the next General Election as all parties have very different ideologies so therefore how would they govern? Which ideologies would Pakatan impose?

Whenever Pakatan Rakyat sweeps under the carpet an issue which could damage its electoral fortunes, someone somewhere invariably does something like this to drag that issue back into view. It makes a mockery of any claims which Anwar Ibrahim makes about inter-party solidarity. Now Nik Aziz has reminded us how PAS pretends to be friends with DAP, given that it is only ever a heartbeat away from showing its contempt for DAP. Nik Aziz has given us a reminder – yet again – that DAP and PAS can’t work together and any words we are told about “common ground” are invariably proven to be false within days of being floated in front of unsuspecting voters. “Trouble in paradise” I believe is the most fitting term for the current Pakatan Rakyat Coalition.

Well to me, All the Best to Rosnah and Nik Aziz in this coming general election.

Tuesday, February 5, 2013

Perangkaan Kanser di Malaysia 2013



Kenyataan Media YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sempena Hari Kanser Sedunia 4/2/2013

Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang amat ditakuti oleh orang ramai. Mengikut statistik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyumbang sebanyak 13% (7.4 juta) dari keseluruhan kematian di dunia pada tahun 2008. Kematian akibat kanser dijangka akan terus meningkat di mana anggaran 12 juta orang akan mati akibat kanser pada tahun 2030.

Kadar kejadian penyakit kanser meningkat dengan pertambahan usia, dan, seperti negara-negara maju atau membangun yang lain, Malaysia menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup seperti kardiovaskular dan kanser telah meningkat. Kanser boleh berlaku pada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina, sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psikososial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.

Kanser merupakan penyebab kematian keempat terpenting yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara dan pada tahun 2011 ia menyumbang sebanyak 11.2% dari keseluruhan kematian yang berlaku.

Berdasarkan jumlah kes-kes kanser baru pada tahun 2008 yang dilaporkan kepada Registri Kanser Kebangsaan, lima jenis kanser paling penting di kalangan lelaki di negara kita ialah kanser paru-paru (15.8%), kolorektal (15.8%), nasofarink (9.4%), limfoma (7.2%) dan prostat (6.2%). Sementara itu di kalangan wanita, kanser paling penting ialah kanser payudara (32.3%) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4%), servik (8.5%), paru-paru (5.7%) dan ovari (5.4%).

Walaupun jumlah pesakit kanser di negara ini lebih rendah berbanding penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan kardiovaskular, namun, beban kewangan serta psikososial yang ditanggung oleh pesakit, keluarga dan masyarakat adalah jauh lebih besar. Kebanyakan kejadian dan kematian akibat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan pengurangan faktor risiko, pengesanan awal dan rawatan segera.

Lebih daripada 30% kanser boleh dicegah dengan mengubah atau mengelakkan faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser. Faktor risiko utama terhadap kejadian kanser adalah dikaitkan dengan gaya hidup iaitu amalan merokok, tidak aktif secara fizikal, mempunyai berat badan berlebihan atau obes, kurang pengambilan buah-buahan sayur-sayuran dan amalan pengambilan alkohol. Selain dari faktor risiko yang dikaitkan dengan gaya hidup, jangkitan oleh beberapa jenis virus seperti Human Papiloma Virus (HPV) dan virus Hepatitis B juga boleh menyebabkan kanser. Jangkitan HPV merupakan faktor risiko utama kanser servik dan jangkitan virus Hepatitis B (HBV) adalah antara faktor yang menyebabkan kanser hati.

Statistik dari KKM menunjukkan, pada tahun 2011, kanser paru-paru merupakan penyebab kematian kanser yang paling penting bagi seluruh kematian akibat kanser yang berlaku di semua hospital KKM di seluruh negara iaitu 17.5% diikuti oleh kanser payudara (10.2%) dan kolorektal (8.5%). Peratus kematian yang tinggi ini adalah disumbangkan oleh kanser yang dikesan lewat. Peluang untuk sembuh sebenarnya adalah tinggi sekiranya kanser dikesan pada peringkat awal.

Hari Kanser Sedunia tahun ini yang disambut pada 4 Februari 2013 dan bertemakan ”kanser – adakah anda tahu?” memberi fokus untuk mempertingkatkan pengetahuan orang ramai tentang kanser dan membetulkan tanggapan salah mengenai kanser. Antara tanggapan yang salah mengenai kanser adalah kanser merupakan penyakit yang tidak dapat dielakkan atau dirawat dan pasti akan menyebabkan kematian. Tanggapan ini adalah tidak betul sama sekali.

Sejajar dengan tema ini, KKM menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam mengawal kanser sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO dan orang ramai sama-sama memainkan peranan dalam mengurangkan beban kanser di negara ini dengan meningkatkan pengetahuan mengenai kanser, mencegah serta mengawal kejadian serta kematian akibat kanser. Mesej utama yang ingin KKM sampaikan sempena Hari Kanser Sedunia tahun ini ialah menyeru orang ramai agar berhenti atau tidak memulakan tabiat merokok, mengekalkan berat badan unggul, aktif secara fizikal dan mengurangkan pengambilan alkohol. Selain itu, KKM menasihatkan golongan yang layak menerima pelalian HPV dan HBV secara percuma untuk mendapatkannya. KKM memberi secara percuma pelalian HPV kepada remaja perempuan di tingkatan satu sejak tahun 2010 dan pelalian HBV kepada bayi baru lahir sejak tahun 1989. Kerajaan juga memberi pelalian HPV secara percuma kepada golongan wanita berumur 18 tahun melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bermula tahun 2012.

Peratus kematian akibat kanser di negara ini hanya dapat dikurangkan sekiranya kanser dikesan pada peringkat awal dan rawatan segera diperolehi. Justeru itu, KKM juga menyeru agar golongan yang berisiko tinggi seperti mempunyai ahli keluarga yang pernah disahkan mengidap kanser untuk tampil mendapatkan nasihat doktor bagi menjalankan saringan. Perkhidmatan saringan kanser payudara melalui pemeriksaan payudara klinikal dan mamogram serta saringan kanser serviks melalui PAP Smear ada disediakan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM dan LPPKN di seluruh negara. Selain itu, perkhidmatan saringan kanser oral turut disediakan di klinik-klinik pergigian KKM, juga di seluruh negara.

Pada dasarnya, untuk mengurangkan kejadian dan beban akibat kanser, kanser perlu dicegah serta dikesan pada peringkat awal agar rawatan segera dapat dilakukan. Semua pihak yang terlibat dalam kawalan kanser termasuk orang ramai perlu memainkan peranan serta bekerjasama padu untuk sama-sama menangani masalah dan beban akibat kanser yang dihadapi.

Friday, April 27, 2012

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay mengenai isu video seks yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah.

Malah Pergerakan Puteri UMNO mencabar Nurul Izzah supaya membuat kenyataan umum mengatakan bahawa Datuk Eskay adalah seorang pembohong besar jika beliau benar-benar berani mahu menegakkan kebenaran bapanya.

Puteri UMNO percaya sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menghentikan lakonannya dan beliau sendiri sememangnya tidak akan berani, baik untuk menyaman Datuk Eskay mahu pun membuat kenyataan tersebut.

Tindakan Nurul Izzah mempertahankan bapanya dan juga Shamsidar Taharin baru-baru ini iaitu  hanya selepas hampir sebulan perkara tersebut dibangkitkan turut menimbulkan tanda tanya sejauh mana beliau sebenarnya benar-benar jujur menyatakan pendiriannya. 

Puteri UMNO ingin bertanya kepada Nurul Izzah adakah tindakannya mempertahankan bapanya dan Shamsidar kerana didesak atau dipaksa oleh Azmin Ali iaitu suami kepada Shamsidar? 

Atau apakah beliau telah mendapat persetujuan daripada ibunya terlebih dahulu sebelum mempertahankan Shamsidar? Ini kerana sebagai seorang anak, jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah, tindakan mempertahankan Anwar akan dibuat sepantas mungkin kerana pendedahan tentang video seks itu melibatkan maruah bapa dan keluarganya. 

Pergerakan Puteri UMNO sememangnya amat tertarik dengan tindakan Nurul Izzah dan lakonan politik beliau serta tidak sabar untuk melihat penamat sandiwara tersebut. 

Sunday, March 11, 2012

Rakyat asing di Sabah hutang hospital kerajaan RM21.5 juta!!




Ini pemandangan deretan rumah setinggan rakyat asing Filipina di Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu



Kebanjiran rakyat asing termasuk pendatang Tanpa Izin, PATI di Sabah sememangnya serius.

Jumlah sebenar mereka tidak diketahui.

Namun daripada 3 juta penduduk Sabah, bilangan mereka agak besar, mungkin 500 ribu orang ataupun lebih daripada itu.

Rakyat asing di Sabah ini terdiri daripada 4 jenis.

1. Rakyat Asing yang masuk secara sah dan bekerja secara sah dengan mempunyai permit dan dokumen

2. Pelarian Perang khususnya yang melarikan diri dari peperangan antara pihak pemisah dan tentera kerajaan Filipina di Selatan Filipina. Pelarian ini masuk ke Sabah dari Mindanao, Selatan Filipina sejak tahun 1970-an lagi kerana melarikan diri daripada pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan pelbagai pihak termasuk Moro National Liberation Front, MNLF pimpinan Nur Misuari.

3. Pendatang tanpa izin - mereka yang masuk dan tinggal di Sabah secara tidak sah, termasuk ada yang menggunakan dokumen diragui seperti kad pengenalan tulin milik orang lain ataupun dokumen pengenalan diri yang dipalsukan.

4. Rakyat tanpa warganegara - anak hasil perkahwinan rakyat asing dan rakyat tempatan dimana status mereka diragui.


Kebanjiran mereka mendatangkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan jenahay.

Antaranya rakyat asing yang mendapatkan rawatan serta juga untuk beranak di hospital kerajaan di Sabah, namun selepas itu tidak membayar bil.

Kini hutang perubatan rakyat asing di hospital-hospital kerajaan di Sabah sudah menjangkau RM21.5 juta.

Jumlah itu besar, RM21.5 juta boleh digunakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan asas kepada beribu ribu rakyat tempatan Sabah yang masih hidup daif, miskin dan sengsara di pedalaman Sabah termasuk di Pensiangan, Kinabatangan, Kudat, Pitas dan Tenom.






Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar atas) berkata, hutang berkenaan adalah dalam tempoh tiga tahun sehingga hujung tahun lalu, 2011 melibatkan 23 hospital kerajaan di seluruh negeri.

"Jumlah hutang tertunggak paling tinggi adalah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas iaitu sebanyak RM8.1 juta," katanya.

Menurut beliau, jumlah hutang penduduk tempatan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini dalam tempoh berkenaan pula kira-kira RM4.3 juta.

Beliau berkata, pihak kementerian akan berusaha memastikan hutang tertunggak itu diselesaikan.

"Antaranya kita harus pastikan pesakit membayar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah bil terlebih dahulu dan selepas dibenarkan pulang mereka perlu menjelaskan bakinya," katanya.

Itu baru hutang bil hospital.

Berapa ramai pula rakyat Sabah yang dirompak, dibunuh, dirogol oleh rakyat asing yang tidak kita mahukan ini yang datang beramai ramai dari Filipina dan Indonesia?

Masalah ini tidak berlaku jika Sabah terletak di benua Eropah kerana rakyat asing itu perlu menaiki bot selama beberapa bulan baru sampai ke Eropah, itupun jika tidak mati ditelan ombak dan gelora.

Thursday, March 1, 2012

Surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada 3 Perdana Menteri Israel, bukti hala tuju dan pendirian Malaysia yang tidak menyokong kekejaman Zionis



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI PENDEDAHAN SURAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KEPADA TIGA PERDANA MENTERI ISRAEL

Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana bertindak berani mendedahkan kepada semua rakyat Malaysia surat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang sebelum ini telah dimanipulasi oleh pembangkang.

Berbanding dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terbuka terhadap keselamatan Israel, ketiga-tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas menunjukkan hala tuju serta pendirian Malaysia berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta sejauh mana hubungan dua hala dengan Israel boleh dilaksanakan.

Pendedahan ktiga-tiga surat itu bagi Pergerakan Puteri UMNO amat penting untuk membuktikan betapa barisan pemimpin parti pembangkang terutamanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat gemar memanipulasi apa sahaja perkara bagi menghasut rakyat membenci kerajaan dan barisan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka juga sanggup membuat apa sahaja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka terutamanya Anwar Ibrahim yang tanpa segan silu menyatakan sokongan terhadap Israel semasa ditemuramah Wall Street Journal (WSJ).

Pergerakan Puteri UMNO hairan mengapa sehingga kini Anwar tidak menyiarkan kenyataan penuhnya dalam temuramah tersebut bagi membuktikan kononnya kenyataan beliau dalam temuramah tersebut telah dipetik secara salah oleh media arus perdana di negara ini.

Malah keengganan beliau menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ juga jelas menunjukkan bahawa beliau telah terperangkap dengan sandiwara sesumpah yang diciptanya sendiri.

Pendedahan tiga surat itu juga menunjukkan pendirian tegas kerajaan Malaysia dalam apa saja isu berkaitan hubungan dengan Israel sama ada dari sudut ekonomi mahu pun politik malah dalam banyak keadaan Pergerakan Puteri UMNO amat yakin negara-negara luar amat jelas dengan pendirian kerajaan terutamanya semasa di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara.

Wednesday, February 29, 2012

Puteri UMNO sanggah kenyataan Ahli Jkuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengenai perpecahan Melayu



Pergerakan Puteri UMNO dalam satu kenyataan hari ini, Khamis 1 Mac 2012, menyanggah kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad  bahawa perpecahan undi di kalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah kepada rakyat negara ini. Sebagai seorang pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu agama yang dianuti orang Melayu di negara ini, kenyataan tersebut sama seperti menyokong perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Puteri UMNO hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang gemar kepada perpecahan dan permusuhan malah dalam banyak keadaan mereka lebih rela bekerjasama dengan orang bukan Islam dan tergamak mengetepikan penyatuan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Kenyataan Dr. Dzulkefly itu seolah-olah menggambarkan betapa bangganya beliau dengan perpecahan undi Melayu di negara ini sehingga ada negeri jatuh kepada parti bukan Melayu dan dikuasai oleh orang bukan Melayu sehingga nasib Melayu terpinggir dan tidak terbela.

Menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar atas),
sudah tiba masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri dan merenung secara mendalam setiap kenyataan yang dibuat pemimpin beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi mereka lebih suka melihat Melayu berpecah sedangkan Barisan Nasional (BN) bersusah payah mahu menyatukan orang Melayu untuk memastikan kedaulatan negara ini terus terpelihara.

Tuesday, February 7, 2012

Pembubaran parti KITA menunjukkan perjuangan parti itu tidak jelas : Rosnah Shirlin



Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pembubaran Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA)  menunjukkan perjuangan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim tidak ke mana selain parti itu sendiri menawarkan perjuangan yang tidak jelas arah tujunya. 

Malah boleh saja dirumuskan cubaan Zaid Ibrahim menubuhkan KITA adalah sia-sia  malah pengakuan pemimpin itu sendiri bahawa KITA adalah satu kesilapan jelas membuktikan bahawa kewujudan parti itu dibuat tanpa perancangan teliti, tanpa matlamat serta hala tuju yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Jika dilihat alasan pembubaran KITA, Zaid cuba mengetengahkan KITA sebagai parti yang ideal - menentang ekstremis dalam pembangkang pada masa yang sama tidak bersetuju dengan sesetengah budaya dalam Barisan Nasional, malah beliau juga tidak mahu KITA dilihat terlalu kritikal terhadap pembangkang. Daripada pendirian tersebut jelas menunjukkan bahawa Zaid sendiri gagal mengenal pasti apa yang beliau dan ahli-ahli KITA inginkan sehingga parti itu gagal mendapat sambutan di kalangan orang ramai.

Pembubaran KITA sememangnya telah dijangka berdasarkan kepada hala tuju parti itu yang dilihat cuba duduk di tengah-tengah tetapi pada masa yang sama tidak bersedia menerima kritikan sehingga akhirnya Zaid sendiri mengakui bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan.

Justeru jika Zaid percaya kepada peribahasa Melayu yang menyebut ‘jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan’ maka kembalilah kepada perjuangan sebenar dan tawarkan perkhidmatan yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. 

Thursday, January 26, 2012

Puteri UMNO cabar Anwar Ibrahim buktikan undang undang sodomi/liwat sudah lapuk dan tidak relevan di Malaysia yang agama rasminya Islam



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA - 18 Januari 2012

Pergerakan Puteri UMNO mencabar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuktikan
bagaimana undang-undang sodomi itu boleh dikatakan lapuk dan tidak relevan terutamanya di Malaysia yang agama rasminya Islam. Anwar juga dicabar supaya membuktikan bahawa kenyataannya itu bukan bertujuan menyokong amalan gay baik di Malaysia mahu pun di negara-negara lain di dunia.

Undang-undang jenayah jelas menyenaraikan liwat atau sodomi sebagai satu jenayah dan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara, dan ia bukan diguna pakai di Malaysia sahaja sebaliknya negara-negara lain turut menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Kenyataan Anwar itu hakikatnya amat mengaibkan umat Islam apatah lagi diucapkan oleh seorang pemimpin yang sentiasa dijulang kononnya berimejkan Islam malah baru-baru ini disifatkan sebagai pemimpin yang bakal menyatukan dunia Islam.

Begitukah rupanya pemimpin yang layak menyatukan dunia Islam sedangkan dia sendiri sanggup menghalalkan apa yang terang-terangan diharamkan agama. Jika orang Islam sendiri mengatakan undang-undang sodomi itu sudah lapuk, apa hukumnya dari sudut kaca mata Islam? 

Pergerakan Puteri UMNO juga mencabar rakan-rakan Anwar yang terdiri daripada ulama besar di dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat supaya menyatakan pendirian mereka tentang kenyataan Anwar itu. Malah barisan kepimpinan Pas juga mesti menyatakan pendirian mereka tentang amalan gay yang semakin berleluasa di negara ini sama ada mereka merestui perbuatan tersebut atau sebaliknya. 

Pemimpin Pas tidak boleh berdiam diri seperti mana sekarang ini kerana dengan berdiam diri mereka boleh saja dianggap bersetuju dengan kenyataan Anwar sekali gus menyokong amalan seks songsang. Pergerakan Puteri UMNO semakin bimbang dengan cubaan secara terang-terangan Anwar Ibrahim menyokong amalan songsang seks sejenis yang pastinya dialu-alukan oleh golongan gay di negara ini.

Pertanyaan Puteri kepada Anwar adakah kenyataannya tentang undang-undang sodomi yang dikatakan lapuk itu bertujuan meraih sokongan golongan gay yang semakin bercambah sekarang ini? Dan adakah beliau juga mahu menghalalkan amalan seks songsang di kalangan masyarakat di Malaysia sehingga undang-undang yang berkaitan dengan amalan itu dikatakan lapuk?

Yang Ikhlas,

YB Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
( Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia )

Tuesday, December 27, 2011

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kecam tindakan segelintir mahasiswa turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI ISU BEBAS, 19 Disember 2011.

Pergerakan Puteri UMNO kecewa dan mengecam tindakan kurang ajar, biadap dan tidak menghormati orang lain oleh sekelompok mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Tindakan kumpulan mahasiswa yang berhimpun di PWTC kononnya kerana menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta itu juga amat beremosi dan terbukti sangat tidak matang 

Biar pun mereka yang terlibat dana  Himpunan BEBAS itu tidak ramai namun ia cukup untuk mengambar imej buruk mahasiswa secara keseluruhannya. 

Pergerakan Puteri UMNO dan semua pihak  menghormati hak mahasiswa bersuara dan kerajaan sentiasa memberi ruang kepada mereka  untuk menyatakan pendapat, pandangan dan apa juga idea menggunakan saluran yang betul seperti konvensyen, dialog, debat terbuka, forum dan seminar.

Malah mereka juga dibenarkan berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum, namun tindakan menurunkan bendera semata-mata mahu menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan oleh mahasiswa kerana ia tidak rasional dan tidak bertamadun. 

Puteri UMNO juga telah melihat senarai tuntutan BEBAS dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana: 


1. Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555. 

Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi.  Saya bersetuju pindaan pada Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.
 
 
2. Bebaskan Ilmuwan Berakademik.

Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadap kes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas. 


3. Bebaskan Mahasiswa Bersuara

Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak  telah membuka ruang seluasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan? 


4. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus.

Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.


5. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti

HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan di halang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar. 
 

6. Bebaskan Mahasiswa Berpatisipasi dalam Politik.

Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan? 


Puteri UMNO percaya, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik. Bagaimanapun kelompok seperti ini harus dekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik mereka yang terdesak.

My Say > Kepada Mahasiswa dan Mahasiswi, ingatlah kecemerlangan akademik yang dikecapi Malaysia sekarang serta juga anda, hasil komitmen dan kerja keras kerajaan Pusat sejak 1957.

Monday, November 14, 2011

Isu Pusat Fidlot Nasional "PANAS"!!!


Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO

Isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang dalam sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat pada 8 November 2011 lalu.

Ia berpunca daripada dakwaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bahawa pinjaman RM250 juta itu telah diserahkan sepenuhnya kepada syarikat berkenaan apabila fakta tersebut diperolehinya melalui carian maklumat kunci kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, pihak pembangkang turut membangkitkan isu sama ada akaun pinjaman RM250 juta tersebut berstatus akaun khas atau sebaliknya.

Ia berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan yang menyatakan bahawa berdasarkan pemahaman beliau pinjaman itu merupakan akaun khas dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pihak-pihak tertentu.

Berhubung dua isu berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, dakwaan yang dibangkitkan Saifuddin itu tidak benar kerana di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.

"Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman," katanya ketika sesi penggulungan bagi pihak kementeriannya yang sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Berhubung percanggahan fakta antara laporan audit dan SSM seperti yang dibangkitkan oleh Saifuddin, Noh berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan rasmi daripada SSM.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, pinjaman tersebut tidak diberikan secara sewenang-wenangnya kepada syarikat tersebut sebaliknya ia tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal.

"Saya tidak tahu apa status akaun ini tetapi apa yang penting pengeluaran pinjaman tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia masih tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal," katanya.



Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Shirlin (gambar atas) menyifatkan parti pembangkang kini semakin tertekan bagi menghadapi pilihan raya sehingga menjadikan budaya 'politik mengugut' bagi menarik sokongan rakyat dalam isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Menurut beliau, dalam isu itu, parti pembangkang bukan sahaja berterusan enggan menerima penjelasan kerajaan tetapi lebih suka memutar belitkan fakta sebenar untuk mengelirukan rakyat.

"Inilah taktik orang yang dayus dalam berpolitik, gagal menarik perhatian rakyat semasa membangkitkan isu NFC selepas diberi perjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini Shahrizat pula jadi sasaran mereka untuk dijadikan mangsa ugutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs