Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu pasti menarik perhatian ramai.
Ia pilihanraya kecil kedua selepas pilihanraya umum mac tahun lalu – pilihanraya kecil sebelum ini di Permatang Pauh menyaksikan kemunculan semula Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.
Di Kuala Terengganu, Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, ditentang calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam dalam pertandingan 3 penjuru.
Memang sukar menentukan siapa pemenang antara BN dan Pas. Saingannya cukup sengit.
Datuk Wan Ahmad Farid dan Mohd Abdul Wahid Endut adalah dua calon yang berwibawa dan berkelayakan.
Apatah lagi Mohd Abdul Wahid – sudah 5 penggal berturut turut menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – beliau tidak pernah tewas sejak 5 pilihanraya umum lalu dan beliau sudah pastinya dikenali rapat ramai pengundi di Kuala Terengganu.
Corak mengundi dan arah haluan 80,229 pengundi Kuala Terengganu samada menyokong BN atau Pas, juga sukar ditentukan – sejak Tsunami politik mlanda Malaysia Mac tahun lalu.
Apatah lagi, Parlimen Kuala Terengganu sejak dulu dimenangi silih berganti antara PAS dan BN.

ANWAR IBRAHIM DAN MEDIA ARUS PERDANA
----------------------------------------------------
Dalam konteks ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti antara peneraju kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Antara bahan kempen beliau dalam siri ceramah sejak bergiat aktif semula dalam politik adalah mengkritik media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, , The Star, RTM dan TV 3 kerana dikatakan berat sebelah dan sering menyokong calon BN kerana media terbabit di kuasai UMNO.
Namun tidakkah beliau sedar, media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, The Star dan TV 3 jugalah yang membantu menjulang Datuk Seri Anwar sehingga mengecap dan mengapai jawatan Timbalan Perdana Menteri atau orang nombor 2 kerajaan, suatu ketika dulu.
Pada 1993, ketika perebutan hangat antara Datuk Seri Anwar dan allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, media arus perdanalah yang membantu kemenangan Datuk Seri Anwar sehingga bilangan pencalonan diterima beliau jauh melebihi allahyarham Tun Ghafar.
Kemana sahaja Datuk Seri Anwar pergi untuk berkempen jawatan Timbalan Presiden ketika itu, beliau diberi liputan amat meluas oleh media arus perdana.
Ucapan berapi api beliau disiarkan di TV, Radio dan suratkhabar sehinggakan pencalonan diterimanya meninggalkan jauh pencalonan diterima Tun Ghafar.
Misalnya di Sabah, 19 daripada 20 Bahagian UMNO negeri itu mencalonkan Datuk Seri Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden, hanya 1 Bahagian iaitu Marudu diketuai Allahyarham Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang mencalonkan Tun Ghafar.
Perkara itu berlaku meskipun Tun Ghafar ketika itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah..!!!
Perkembangan itu memaksa Tun Ghafar yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu untuk mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah.
Tidak lama selepas itu, Allahyarham Tun Ghafar mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri – sekaligus mengelak pertandingan jawatan itu di peringkat perhimpunan agung UMNO 1993.
Datuk Seri Anwar akhirnya dinobatkan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah dia dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 1998.
Nah, media arus perdana juga pernah berbudi kepada Datuk Seri Anwar….
Orang berbudi, kita berbahasa….
No comments:
Post a Comment