Monday, April 13, 2009

Amy Search dan Dato Nik Aziz Nik Mat, bagaikan irama dan lagu...









Penyanyi kumpulan Rock No. 1 Malaysia, Amy Search sememangnya mempunyai peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sebut saja dari Perlis hingga ke Sabah, dari bandar ke kampung pedalaman, dari makcik2 dan pakcik2 kepada orang muda dan remaja, daripada kaum etnik Sabah, Sarawak sehinggalah kepada masyarakat majmuk Malaysia, semuanya mengenali Amy Search atau sekurang kurangnya tahu apa itu lagu Fantasia Bulan Madu, Pawana, Gadisku, Pelesit Kota, Isabella, Rozana, Mentari Merah di Ufuk Timur, Langit dan Bumi, Sebatang Tongkat untuk Berdiri, Bisa, Meniti Titian Usang, Cinta Buatan Malaysia dan Balada Pemuzik Jalanan.

Semua itu adalah lagu2 popular Search... dari album pertama Cinta Buatan Malaysia pada 1984 sehinggalah sekarang termasuklah ketika AMY Search menerbitkan album solo...

Bukan saja di Malaysia, malah kumpulan Search yang dianggotai Amy, Din, Hillary Ang, Yazid dan Nasir juga amat dikenali di negara jiran tetangga seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Namun Amy Search rupa rupanya mempunyai seorang peminat setia yang tidak disangka sangka sama sekali.

Beliau tidak lain tidak bukan adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas yang begitu dihormati - YAB Dato Nik Aziz Nik Mat.

Siapa sangka, tanpa diketahui, Dato Nik Aziz sebenarnya turut meminati Amy Search.

Malah Dato Nik Aziz turut dilaporkan menangis ketika mendengar Amy Search mendendangkan lagu berunsur dakwah dan keagamaan di atas pentas!!! (di bawah ni laporan TV Pas dan juga berita The Star mengenainya)



Nik Aziz gets emotional over Amy Search's performance

> Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat admitted that he had shed tears when Amy Search sang spiritual songs at an event recently, reported Kosmo!

According to Nik Aziz, he was moved by Amy’s performance.

“When I saw Amy and heard his songs, I cried but not many people knew that,” he said at the Kelantan PAS Youth Golden Jubilee recently.

Nik Aziz said he was impressed with Amy’s vocal ability.

“Artistes such as singers, poets, musicians and cartoonists have their way of inserting Islamic elements into their work,” he said,

Amy said he was touched when he learnt that Nik Aziz cried during his performance.

“When I was singing, I felt Tok Guru looking at me and he looked like he was moved by my performance.”


Di sini, Dato Nik Aziz kelihatan menjamu selera di restoran Cheng Ho milik Amy Search di Wangsa Maju.

Bagai irama dan lagu, bagai aur dan tebing... Gandingan Rock dan Ulama!!!!

Adakah selepas ni Amy Search akan menerbitkan album Nasyid.... spekulasi juga bertiup kencang mengenai kemungkinan Amy Search dan juga Dato Siti Nurhaliza dan Dato K, menyertai PAS??????

2 comments:

pijar88 said...

Amy Search ya Cik?
Sudah dari sejak SD ketika itu usia saya masih 10 tahun, saya sangat menyukai lagu-lagu dari kelompok SEARCH. Bahkan pada umur segitu saya sangat hafal di luar kepala dengan syair dan nada lagu kebanggaan saya dan teman-teman yang berjudul ISA BELLA.

Saat itu kami sempat membuat semacam brosur, yang kami foto kopi. Iya, brosur itu berupa lirik lagu ISA BELLA yang sangat fenomenal dan mengena di hati segala lapisan masyarakat, apalagi di Malaysia, sedangkan di Indonesia saja ada berjuta penggemar yang sangat menyukai lagu ini.

elphegeg said...

hi pijar88..terima kasih kerana melawat blog saya yg tidak seberapa ini. Ya saya peminat setia Search dulu kini dan selamanya...dan antara lagu saya minat pastinya Isabella.. okay Pijar88 moga hari2 anda terus berkembang dan dipenuhi perkara yang baik baik..cheers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs