Sumber : Malaysian Press Institute / Bernama
Hadiah Kewartawanan & Penghakiman
HKM Petronas 2009
Kategori - kategori dan pemenang - diumumkan pada malam Hadiah kewartawanan negara MPI-Petronas pada 16 April 2010
1.HADIAH KAJAI
Anugerah ini diberikan kepada wartawan yang penyertaannya dalam HKM 2009 dinilai terbaik oleh Panel Hakim (kecuali Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail dan Kewartawanan Foto).
(RM 30,000.00 serta pingat emas pada saiz wang siling 50 sen seberat 100 gram)
Pemenang - Melati Mohd Ariff (Bernama)
Tajuk Artikel - Mencari Dingin Udara Cameron Highlands
2.HADIAH WARTAWAN MUDA A. SAMAD ISMAIL
Anugerah ini disampaikan kepada wartawan yang berusia 30 tahun ke bawah. Selain menghasilkan karya berita atau rencana yang dianggap menyerlah bagi tahun berkenaan, beliau juga perlu menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan dan mempunyai potensi menjadi wartawan besar negara suatu hari nanti.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Lim Wey Wan (The Star)
3.KEWARTAWANAN PERKHIDMATAN AWAM CEMERLANG
Artikel terbaik berhubung perkhidmatan awam seperti keprihatinan, kebajikan dan permasalahan yang membabitkan masyarakat atau orang ramai. Laporan hendaklah mengenai rakyat dan/atau negara Malaysia.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Zainuddin Ayip, Salawati Harris dan Dalia Ismail (Milenia Muslim)
4.LAPORAN BERITA CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada artikel berita yang terbaik.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Abdul Razak Chik (Malaysian Business)
5.KEWARTAWANAN PENYIASATAN CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada artikel yang memaparkan penyiasatan yang dianggap cemerlang.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Masami Mustaza (Malay Mail)
6.KEWARTAWANAN ANTARABANGSA CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada artikel isu luar negara yang dianggap cemerlang.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Shahanaz Habib (The Star)
7.PENULISAN RENCANA CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada rencana yang dianggap cemerlang.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Rohana Mustaffa (Bernama)
Tajuk Rencana - Kampung Baru - Antara Dua Darjat
8.PENULISAN KOMENTAR / KOLUMNIS / KRITIKAN CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada penulisan komentar / kolumnis atau kritikan yang dianggap cemerlang.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Faizal Riduan (Muslim Milennia)
9.KEWARTAWANAN FOTO CEMERLANG
Foto yang mempunyai nilai berita dan ciri-ciri estetika akan dipilih sebagai pemenang. Ia hendaklah lengkap dengan caption yang bernas.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Fathil Asri (Berita Harian)
10.ESEI FOTO CEMERLANG
Hadiah ini diberi kepada jurufoto yang telah menghasilkan penceritaan berdasarkan satu siri foto.
(RM 12,000.00)
Pemenang - Tan Seng Huat (Nanyang Siang Pau)
11.BERITA VIDEO TERBAIK
Terbuka kepada semua media yang menghasilkan video berita. Tempoh video tidak seharusnya melebihi 5 minit (termasuk laporan bersiri). Perlu disertakan dalam 6 keping CD/VCD/DVD.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Ahmad Fazli Ahmad dan Farizan Jalal(TV3) - Harimau Menangis di Hutan Belum, Perak
12.DOKUMENTARI VIDEO TERBAIK
Terbuka kepada semua media yang menghasilkan dokumentari video. Tempoh dokumentari hendaklah dalam lingkungan 5 minit hingga satu jam.
(RM 15,000.00)
Pemenang - Hanim Muhili, Norin Hanafiah, Nawwar Raidah Aris dan Raja Hisyamuddin (TV1,RTM)
13.KEWARTAWANAN ALAM SEKITAR CEMERLANG
Anugerah diberi kepada artikel yang memaparkan laporan berhubung alam sekitar yang dianggap cemerlang.
(RM 15,000.0
Pemenang - Petronas - Laupa Junus (Utusan Malaysia)
14.ANUGERAH KHAS JURI
Pencalonan dibuat oleh organisasi media atau pertubuhan yang ada kaitan dengan kewartawanan serta orang perseorangan. Anugerah ini sebagai mengiktiraf pencapaian luar biasa seorang wartawan dalam bidang ini. Anugerah ini bukan sekadar berdasarkan berita dan rencana yang dihasilkan tetapi meliputi penghasilan buku – fiksyen dan bukan fiksyen secara berterusan; bertindak sebagai penceramah dalam bidang yang berkaitan dengan kewartawanan; berjuang dalam isu-isu media dan dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaaan berkaitan media; atau berjaya mengharumkan nama kewartawanan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.
Anugerah Khas Juri ini juga boleh diberikan kepada organisasi media sebagai mengiktiraf sumbangan/peranan luar biasa media dalam tahun berkenaan. Pengiktirafan itu bakal diberi atas nama Akhbar/Majalah Tahunan atau Newspaper/Magazine of the Year. (RM 15,000.00)
Tiada pencalonan - tiada pemenang.
15.TOKOH WARTAWAN NEGARA
Diberikan atas nama Malaysian Press Institute, gelaran ini dianugerahi kepada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan kewartawanan negara. Ia bukan sahaja melalui tulisan tetapi juga tindakan mereka.
Gelaran ini adalah suatu penghormatan dan penghargaan tertinggi daripada komuniti wartawan Malaysia kepada individu yang berjasa dalam bidang kewartawanan negara.
Pencalonan boleh dikemukakan oleh mana-mana organisasi media massa atau pertubuhan yang ada kaitan dengan kewartawanan serta orang perseorangan. Pencalonan hendaklah berserta latarbelakang calon dan hujah bertulis mengenai karya/tulisan, sumbangan fikiran, jasabakti dan/atau kegiatan calon berkenaan. Pencalonan yang diterima perlu lengkap dengan justifikasi dan pencapaian tokoh berkenaan. Ia akan dinilai oleh sebuah panel khas yang dipengerusikan oleh Ketua Panel Hakim.
Calon Tokoh Wartawan Negara yang tidak terpilih boleh dicalonkan semula pada masa akan datang.
(RM 30,000.00)
Dua pencalonan diterima. Penerima Anugerah akan dinobatkan pada satu majlis berasingan.
Catcha Digital Catat Untung RM11.14 Juta Bagi Suku Ketiga 2024, Lancar ‘KS
Lagi’ Usaha Sama Dengan KJ & Shahril Hamdan
-
Catcha Digital Berhad telah mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi suku
ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 (Q3 FY2024) di mana syarikat
itu ...
45 minutes ago
No comments:
Post a Comment