Sepertimana diketahui umum, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pernah menetap di Indonesia, ketika zaman kanak kanaknya pada penghujung 1960an.
Lebih tepat, di daerah Menteng, Jakarta.
Atas sebab itulah Presiden Obama boleh berbahasa Indonesia termasuk perkataan Terima Kasih, Apa Khabar, malahan beliau juga boleh menyebut nama makanan popular Indonesia seperti Bakso, Nasi Goreng dan lain lain.
Atas sebab itulah sebuah filem dokumentari mengenai kehidupan kanak kanak Barack Obama di Menteng sedang disiapkan. Dokumentari itu bertajuk "Obama, Anak Menteng".
Ya, siapa sangka seorang anak Menteng suatu hari nanti menjadi pemerintah Dunia dengan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 44. Itulah Barack Obama.
Ilham Anas (kiri), Presiden Barack Obama (kanan)
Malahan di Indonesia juga, seorang jurufoto - Ilham Anas menjadi seorang celebriti kerana mempunyai wajah seiras dengan Presiden Obama. Oleh kerana popularitinya, Ilham juga sering kali ditemuramah dalam rancangan bual bicara Televisyen di Indonesia serta juga membintangi iklan komersial di TV dan surat khabar.
Catcha Digital Catat Untung RM11.14 Juta Bagi Suku Ketiga 2024, Lancar ‘KS
Lagi’ Usaha Sama Dengan KJ & Shahril Hamdan
-
Catcha Digital Berhad telah mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi suku
ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 (Q3 FY2024) di mana syarikat
itu ...
49 minutes ago
No comments:
Post a Comment