Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kebajikan golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan oleh pelbagai pihak yang prihatin.
Di Kudat, Sabah, Malaysia Kira-kira 30 anak-anak yatim dari sekitar daerah itu diraikan oleh Puteri UMNO Zon 1 merangkumi Puteri UMNO Kudat, Kota Marudu dan Kota belud, dengan membeli belah di Pasar Kain Kudat, pada 18 Ogos 2010 bersamaan hari Rabu.
Program Shopping Raya bersama Anak-nak Yatim merupakan anjuran Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah.
Program ini disertai Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin dengan dihadiri Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh (Sepanggar), Penolong Bendahari Puteri, Effaridun Datuk Ismail (Tuaran), Ketua Puteri Kota Belud, Masnatu Satong, Redonah Bahanda (Kota Marudu) dan Normala Rasik (Kudat).
Menurut Musliati, Program Shopping Raya telah dilaksana sejak tahun lepas di Keningau. Saban tahun Puteri UMNO di setiap bahagian di Sabah akan membawa 10 orang anak-anak yatim untuk membeli belah keperluan menjelang Aidilfitri mengikut zon masing-masing.
“Selain meraikan anak-anak yatim tersebut, Puteri UMNO juga merancang pelbagai program sepanjang bulan Ramadan. Di mana setiap zon akan mengadakan Shopping Raya bersama-sama dengan anak-anak yatim."
“Puteri UMNO akan terus menjadikan aktiviti itu sebagai program tahunan dalam mendekatkan ahli Puteri dengan masyarakat,” ujar Mosliati.
Tambahnya, setiap kali menjelang Hari Raya pihaknya akan tetap membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira di mana mereka berada.
Di samping membeli-belah, 30 orang kanak-kanak yatim itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di Masjid As-hikirin Kudat bersama-sama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Setiap seorang anak yatim menerima RM100 untuk membeli pakaian raya dan RM50 untuk duit raya.
1 comment:
WATCH TODAY'S MORE NEWS http://onlinetvupdates.blogspot.com/2010/08/wigan-vs-chelsea-live-streaming.html
Post a Comment