Thursday, August 12, 2010

Sazali Samad rangkul kejuaraan bina badan Mr Asia buat kali ke tujuh...





















Sekalung tahniah wajar diberikan kepada jaguh bina badan negara, Sazali Samad.

Sazali sudah membuktikan kehebatannya dalam sejarah bina badan negara dengan 7 gelaran Mr Asia dan 5 gelaran Mr Universe.

Sazali merangkul gelaran Mr Asia buat kali ketujuh di Tehran minggu lalu.

Ini membolehkan Sazali mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Malek Noor pada awal 1980-an.

Sazali Samad dan Malek Noor, sebelum ini berkongsi jumlah rekod enam kali bergelar Mr Asia.

Sazali pertama kali memenangi bina badan Mr Asia kategori bantamweight. Ini disusuli kemenangan pada 1998, 1999, 2000, 2004 dan 2009.

Sazali juga sudah 5 kali memenangi gelaran Mr Universe kejohanan binabadan amatur dunia.

Pencapaian kejuaraan kali ke 5 Mr Universe kategori Bantamweight (bawah 65kg)dimenangi beliau di kejohanan bina badan amatur dunia di Doha, Qatar pada November 2009.

Sazali kali pertama muncul juara Mr Universe pada kejohanan di Malaysia pada tahun 2000 disusuli kejohanan di Moscow pada 2004, Ostrava - Republik Czech pada 2006 dan kejuaraan Mr Universe di Jeju, Korea Selatan pada 2007 bagi kategori Lightweight atau bawah 70 kg.

Sazali menang tempat kedua Mr Universe di Shanghai, China pada kejohanan edisi 2005 dan tempat ketiga Kejohanan Bina Badan Dunia 2008 di Manama, Bahrain.

Sazali, 43 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor dan bertugas sebagai pegawai polis, muncul juara di Iran, menewaskan wakil tuan rumah, Yousef Karimi, dalam kategori light-weight, bawah 70 kilogram.

Sasaran Sazali selepas ini, ialah kejohanan dunia di Baku, Azerbaijan, 6 hingga 8 November depan.

Syabas Sazali Samad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs