Monday, January 10, 2011

Ana Raffali ungguli Anugerah Juara Lagu ke 25 pada 9 Januari 2011





Detik Gemilang Ana Raffali dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu ke 25 pada malam 9 Januari 2011, bersamaan Ahad di stadium Putra, Bukit Jalil. Detik bersejarah untuk Ana Raffali ini disaksikan 5 juta penonton televisyen TV3 dan mungkin juga 50 juta orang lagi di seluruh dunia yang mengikuti siaran langsung ini menerusi internet.

Siapa sangka penyanyi baru Ana Raffali boleh menenggelamkan nama nama lain yang lebih besar dengan menjuarai Anugerah Juara Lagu, AJL 25 terbitan TV3 malam tadi, 9 Januari 2011 di Stadium Bukit Jalil.

Meskipun ini penyertaan pertama kali dalam juara lagu, ia nyata membawa tuah yang teramat besar kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik bernama Ana Raffali.

Sebelum ni Ana Raffali kurang dikenali berbanding nama besar yang sering beberapa kali menyertai Anugerah Juara Lagu seperti Faizal Tahir, Stacy, Meet Uncle Hussain dan Bunkface.



Menerusi lagu, tolong ingatkan aku, ..Ana Raffali muncul juara lagu ke 25 dan meraih hadiah wang tunai RM35,000. Perhatikan gimik Ana Raffali ketika menyanyikan lagu ini, menukar baju secara magikal dari baju putih ke merah

Sebelum ini tiada media yang membuat spekulasi bahawa lagu Ana Raffali ini akan menang, sebaliknya media dan orang ramai lebih fokus penyanyi lain yang bakal menang termasuklah Faizal Tahir, Yuna, Black dan Meet Uncle Hussain.

Namun, juri profesional mempunyai cita rasa tersendiri. Jika didengar berulang kali, maka kita tahu kekuatan lagu ini pada melodi bahagian korusnya yang pasti menjadi lagu popular di peringkat antarabangsa meskipun dinyanyikan dalam apa bahasa sekalipun termasuk bahasa Jerman, Zulu, Amristar, Sikh, Urdu dan Sepanyol.

Bakat Ana Raffali dikatakan hanya diketahui menerusi lagu lagunya yang dicipta sendiri dan diuploadkan ke dalam Youtube, sepertimana juga penyanyi muda Amerika Syarikat Justin Bieber melakukannya.

Ini berbeda dengan peserta AJL 25 lain yang kebanyakannya dicungkil dan diketahui ramai menerusi program realiti TV popular seperti Akademi Fantasia (Stacy, Adira, Hafiz dan Shahir) serta One in A Million (Faizal Tahir dan Tomok) dan Black (Mentor).

Pada mulanya, ketika 3 pengacara iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar berkata juara AJL 25 terdiri daripada penyanyi, komposer dan penulis lirik yang sama, ramai menjangkakan pemenangnya Yuna menerusi lagu Cinta Sempurna kerana dia juga komposer dan penulis liriknya.

Apapun, bukan rezeki Yuna kali ini. Tahun lalu dalam AJL 24, Yuna menang tempat kedua menerusi lagu Dan Sebenarnya.




Sebaliknya naib juara dimenangi, kumpulan Meet Uncle Hussain yang berkalaborasi dengan Black dengan lagu Drama King, ciptaan Taja dan lirik oleh Tun Teja.

Mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.

Untuk rekod, Black juga memenangi vocal terbaik tahun lalu.



Di tempat ketiga lagu Nokhtah cinta, ciptaan Ajai dan lirik Sheikh Kalam dendangan Hafiz, untuk membawa pulang RM 12,000.00. Perhatikan gimik Hafiz yang tersungkur jatuh ketika di"Tembak" di penghujung lagu ini sebelum muncul semula dengan baju berwarna lain.!!

Hafiz juga membawa pulang 10 ribu ringgit bagi kategori vokal terbaik apabila vokalnya menerusi lagu Noktah Cinta, memukau juri yang diketuai M. Nasir dibantu Amy Search, Habsah Hassan, Azmeer, Acis dan ramai lagi.



Kategori persembahan terbaik yang menawarkan hadiah RM10,000 pula tidak syak lagi dirangkul Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut.

Sepertimana tahun sebelumnya, Faizal Tahir membuat gimik yang amat memukau. Kali ini dia melakukan gimik menyanyi dalam sangkar besi macam penjara lepas tu ketika solo muzik dia tiba tiba tenggelam ke dalam air dan muncul semula dalam keadaan basah kuyup sambil memakai cermin mata hitam untuk menyudahkan lagu selepas itu.

Hebat amat hebat persembahan Faizal Tahir yang senantiasa memakai kaca mata hitam meskipun di waktu malam dan meskipun ketika dia berendam di atas pentas. Hebat..



Namun peminat Black agak kecewa apabila lagu sandarannya Sofea Jane dengan melodi dan vokal yang memukau, gagal memenangi vokal terbaik, persembahan terbaik mahupun 3 lagu terbaik.

Saya secara peribadi amat meminati kehangatan lirik dan vokal lagu Sofea Jane kerana ia sememangnya "berhantu" dan mencapai kenikmatan dan keseronokan muzik tahap dewa dan maharaja azali.



Begitu juga lagu popular Adira - Ku Ada Kamu yang vokalnya menaikkan bulu roma penonton di rumah ditambah dengan gimik turun naik dari buaian kayangan dan bunian ketika menyanyi lagu tersohor penyanyi genit berasal dari Ranau, Sabah itu.



Peminat Stacy juga kecewa kerana penyanyi dari Sabah ini yang diiktiraf antara peserta AJL paling lincah dan agresif, tidak memenangi persembahan terbaik meskipun sudah 3 kali beraksi di pentas AJL, kali pertama pada AJL 23 menerusi lagu Aku Stacy, kedua pada AJL24 menerusi lagu Pakai Buang dan kali ini AJL 25 dia membawa lagu berjodol "Jahat"... Hmmmm Jahat sungguh juri ya..

AJL 25 juga dimeriahkan dengan persembahan pemenang juara lagu 1986 Francisca Peters, pemenang 1992 Nash, pemenang berganda M. Nasir, Datuk Syarifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

AJL 25 diterbitkan G-Bam disaksikan lebih 10 ribu penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, seawal jam 6 petang lagi bagi menyaksikan persembahan terbaik oleh penyanyi terbaik Negara.

14 lagu bersaing dalam AJL 25 yang menyambut ulang tahun jubli perak ke 25 sejak penganjuran pertama pada 1986 yang dimenangi Francesca Peters.


Lagu yang bertanding pada AJL 25 - 9 Januari 2011 :

Sofea Jane - Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril

Pelita - A.P.I / Loque / Loque

Cinta Sempurna - Yuna / Yuna / Yuna

Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Ku Ada Kamu - Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Hanyut - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat - Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Mencari Konklusi - Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Drama King - Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Extravaganza - Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface

Noktah Cinta - Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Berlari - Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs