Peminat Stacy nyata marah dan kecewa kerana penyanyi cute dan genit dan petite dari Sabah ini yang diiktiraf antara peserta paling lincah dan agresif dalam sejarah Anugerah Juara Lagu, AJL, tidak memenangi persembahan terbaik meskipun sudah 3 kali beraksi di pentas final AJL.
Kali pertama pada AJL 23 menerusi lagu Aku Stacy, lagu ini menobatkan Stacy sebagai juara Akademi Fantasia musim ke 6 pada 2008. Lagu Aku Stacy mengungguli tangga teratas Carta Era selama 22 minggu berturut turut - satu rekod tersendiri. Lagu ini juga mengungguli tangga teratas Muzik FM. Lagu ini juga menjadi titik pertama melonjakkan Stacy yang dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu antara penyanyi wanita paling popular di Malaysia.
Malahan Stacy nyaris mengalahkan dan menewaskan Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi wanita paling popular di Malaysia pada Anugerah Planet Muzik 2009, namun Siti Nurhaliza hanya menang dengan kelebihan undi 1 peratus.
Pada Februari 2009, Stacy dinobatkan sebagai artis baru popular pada majlis berprestij malam Anugerah Bintang Popular.
Untuk rekod, persembahan terbaik AJL 23 dimenangi Faizal Tahir dengan teknik pakai mekap dan baju semasa menyanyi sambil rambut mengerbang ditiup kipas angin. Manakala Juara AJL 23 diungguli kumpulan Meet Uncle Hussain menerusi "Lagu Untukmu".
Penampilan kedua Stacy pada final AJL24 menerusi lagu Pakai Buang (bukan lampin pakai buang yaa). Hebat sekali persembahan Stacy dengan rambut panjang mengurai bak bidadari mengurai.
Namun sekali lagi Stacy hampa apabila persembahannya yang boleh menenangi persembahan Terbaik AJL, ditewaskan oleh penyanyi yang dulunya gempal tapi kini kurus iaitu Aizat sedangkan Stacy boleh berlari dan menari 100 kali ganda lebih laju berbanding Aizat. Aizat juga muncul juara AJL 24 dengan lagu "Kau Pergi".
Pada penampilan ketiga di pentas final AJL 25, Stacy kali ini muncul dengan gaya seolah olah gadis Jepun dengan persembahan hebat lagu berjodol "Jahat"... Namun persembahan terbaik dimenangi pula oleh Faizal Tahir sekali lagi dengan gimik menyanyi lepas tu terjun dalam kolam dan kemudian naik semula sambung menyanyi dalam keadaan basah kuyup ketika dendangan lagu "Hanyut". Hmmmm Jahat sungguh juri ya..
Takpa Stacy.. jumpa lagi tahun depan di pentas AJL 26, 27, 28, 29, 30 dan sehinggalah ke AJL 50 di mana tidak syak wasangka lagi Stacy bakal memenangi akhirnya dan buat kesekian kalinya persembahan Terbaik.
Go Stacy Go... Sabahans are proud of you Girl..
“Individu Sering Tidur Selepas Jam 1 Pagi Berisiko Alami Kesihatan Mental”
– Stanford University
-
Boleh dikatakan zaman kini ramai yang mempunyai tabiat berjaga hingga larut
malam, sama ada mahu menonton filem, scroll TikTok atau Instagram, bermain
pe...
1 hour ago
2 comments:
pendapat saya juri haruslah menilai pada semua aspek termasuk bakat,nyanyian dan permintaan ramai peminat kalau nak harapkan juri menilai inilah yang jadinya yang di harap tak menang dan penyanyi tu pun bukanya laku sangat buat album......
slak >> terima kasih atas komen anda dan terima kasih kerana membaca blog ini. Thanks and Cheers....
Post a Comment