Tuesday, February 15, 2011

ZZ Top, antara kumpulan muzik tersohor Amerika Syarikat
















Mula bergiat aktif dalam industri muzik sejak 1969 dan sehingga artikel ini ditulis, ZZ Top masih bertahan di persada muzik dunia.

Di kenali dengan beberapa lagu top termasuk "Legs", ZZ Top diasaskan oleh Billy Gibbons, Dan Mitchell serta Lanier Greig di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Sehingga kini, album ZZ Top sudah tenjual 50 juta unit album di seantero dunia, dengan 25 juta unit album dijual di Amerika Syarikat.

Mungkin di Malaysia, kita kurang mengenali ZZ Top, namun kelibat 2 lelaki berjambang dan berjanggut panjang serta seorang lagi tidak berjanggut, amat memukau peminat muzik di USA.



Lagu "Legs" diatas pernah memenangi muzik video terbaik MTV untuk berkumpulan pada 1984. "Legs" adalah antara lagu dari album "Eliminator" yang diterbitkan pada 1983.

Lagu ini pernah mencecah tangga ke 8, carta Billboard 100 US.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs