Seorang ibu yang mempunyai 10 anak, boleh menjaga kesemua 10 anaknya itu. Itulah ibu mithali.
Namun 10 anak itu belum pasti boleh menjaga hanya seorang ibunya.
Pepatah dan ungkapan ini ada kebenarannya jika kita melihat nenek / datuk dan warga emas yang terbiar dan dibiarkan dibawah jagaan jabatan Kebajikan Masyarakat di rumah warga tua di seluruh Malaysia.
Tugas saya sebagai seorang penulis kecil kecilan telah membawa saya ke pelbagai rumah warga Tua di Sabah termasuk di rumah warga tua Sri Pritchard, Kinarut dan rumah warga emas di Jalan Air Panas, Tawau.
Di situ, hati saya tersentuh apabila melihat ramai warga emas samada nenek atau datuk, yang kesepian dan kesunyian.
Di kala datuk dan nenek lain ceria dan bahagia di rumah masing masing ditemani senda gurauan dan gelak ketawa anak anak, menantu, cucu dan cicit, lain pula kisah warga emas di rumah perlindungan orang tua.
Mereka pasrah.
Mereka sedih.
Mereka sunyi dan mereka kesepian.
Mereka bertanya kepada diri sendiri, mengapa perkara ini berlaku kepada saya.??
Mengapa anak saya dan cucu saya tidak memperdulikan saya??
Sudahkan anak saya melupakan pengorbanan saya ketika menjaga mereka dari sekecil bayi berusia beberapa jam sehinggalah mereka meningkat dewasa.??
Bagaimana saya langsung tidak mengeluh apabila anak yang masih bayi menangis pada jam 4 pagi meminta disusukan dan meminta lampinnya ditukar??
Adakah anak saya lupa pengorbanan saya sebagai ibubapa bekerja siang dan malam, penat lelah dan jerit payah untuk mencari sesuap nasi membesarkan mereka dan membiayai kos pendidikan anak kesayanganku??
Semua itu tidak memerlukan bayaran sesen pun dari anak anak... apa yang saya mahukan hanya perhatian, belaian kasih sayang anak anak ku...
Dimana sifat kemanusiaan anak anakku??
Di rumah warga tua di Kinarut dan Tawau, saya perhatikan warga emas ini terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India. Namun jarang kita bertemu warga emas yang ditinggalkan di sini dari kaum bumiputra Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Brunei, Rungus, Bajau dan orang Sungai.
Mengapa???
Kepada anak anak, berikanlah kasih sayangmu kepada orang orang tua mu, kerana tanpa mereka, siapalah anda....
Semoga Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa memberkati dunia ini..
Amin ...
Amen...
“Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan…” – Pemilik Kafe Tak Jadi ‘Gulung Tikar’
Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai
-
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak telah membuktikan bahawa kebaikan kecil
mampu memberi impak besar apabila kehadirannya di sebuah restoran di Sungai
Bulo...
52 minutes ago
No comments:
Post a Comment