Wednesday, June 22, 2011

Marsha belum berkahwin - 22 Jun 2011



Terkejut dan terperanjat juga saya membaca beberapa artikel akhbar hari ini termasuk muka hadapan Harian Metro pada Rabu 22 Jun 2011, mengatakan bintang Akademi Fantasia Musim ke 3 yang seksi, Marsha Milan Londoh, sudah berkahwin.

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba pula Marsha kahwin.

Hmm menghairankan.



Jika benar Marsha berkahwin, sudah pasti ibubapanya dan keluarganya memberitahu rakan rakan juga termasuk saya kerana saya juga berasal dari Tamparuli. Bapa Marsha, Cikgu Milan Londoh pernah mengajar di beberapa sekolah di Tamparuli dan Sabah. Dia kelulusan universiti di Amerika Syarikat.



Gambar kahwin di dalam hutan ini juga tidak logik kerana ia muncul secara tiba tiba. Jika benar Marsha mahu berkahwin, sudah pasti majlis yang diadakan gilang gemilang, bukannya di hutan.

Dan pasti ada majlis resepsi di Sabah.






Sehubungan itu bagi lelaki yang masih menaruh harapan untuk memikat Marsha, maka anda dipersilakan kerana Marsha masih bujang. Namun tak diketahui pula samada Marsha sudah ada teman istimewa. Maklumlah dia sering berada di Kuala Lumpur, di sana ada ramai jejaka tampan yang pasti mahu memikat si gadis Dusun yang seksi itu.

All The Best Marsha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs