Pada 8 Februari 2011, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menaiki pesawat Sukhoi SU-30 MKM tentera udara di raja Malaysia, TUDM sempena lawatan Baginda ke kompleks TUDM Butterworth, Pulau Pinang.
Dan pada 10 Mac 2011 lalu, Baginda berpeluang pula menyelam dalam Kapal Selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman di Perairan laut Cina Selatan dekat Layang Layang, sempena lawatan Baginda ke Sabah.
Pesawat Sukhoi SU-30 MKM buatan Russia antara pesawat perang tercanggih dimiliki TUDM.
Sukhoi SU-30 MKM atau lebih dikenali "Flanker" mampu terbang dengan kelajuan 2 kali ganda kelajuan bunyi, atau Mach 2 bersamaan 2,000 km sejam.
Dalam penerbangan bersejarah itu, Yang Di Pertuan Agong diterbangkan dengan kelajuan supersonik ke sekitar Kedah dan Langkawi sebelum kembali ke pengkalan TUDM Butterworth dalam masa 45 minit.
Juuterbang Sukhoi SU 30 MKM itu ialah Leftenant-Kolonel Mohd Asghar Khan Gauriman Khan.
Sepanjang penerbangan di raja itu, sebuah jet pejuang FA/18D Hornet buatan Amerika Syarikat, menjadi pesawat pengiring.
Pesawat jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM buatan Russia adalah antara jet pejuang paling canggih di dunia, setanding dengan jet pejuang Super Hornet buatan USA, Mirage buatan Perancis dan Harrier buatan United Kingdom.
Dan Malaysia bertuah memiliki pesawat secanggih itu, bandingkan dengan pesawat pengebom Tentera Udara Filipina yang masih menggunakan pesawat lama era perang dunia ke 2, Bronco yang menggunakan kipas propellor.
Dan pada 10 Mac 2011 lalu, Yang Di Pertuan Agong berpeluang pula menyelam menaiki Kapal Selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman di Perairan laut Cina Selatan, sempena lawatan Baginda ke Sabah.
KD Tunku Abdul Rahman adalah kapal selam pertama negara dan berpengkalan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah.
KD Tunku Abdul Rahman, tiba di Pengkalan TLDM Teluk Sepanggar pada 17 September 2009.
Selain KD Tunku Abdul Rahman, sebuah lagi kapal selam turut berpangkalan di Sepanggar iaitu kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak.
Kedua dua kapal selam negara itu adalah kelas Scorpence, dibina firma Perancis, DCNS.
No comments:
Post a Comment