Ketika ini ada 2 Apek yang popular di Malaysia, satu dalam bidang sukan dan satu lagi dalam industri hiburan. Apek dalam bahasa pasarnya ialah lelaki Cina yang sudah tua.
Namun dalam konteks ini, ia Apek yang berlainan dan berbeza sekali.
Apek pertama yang popular ialah penjaga gol no.1 Malaysia samada skuad senior mahupun Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat yang dilahirkan pada 7 Januari 1989 di Kota Bahru Kelantan.
Ketangkasannya menjaga gawang negara menjadikannya ikon bolasepak tanah air.
Dia membantu Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010, Juara bolasepak Sukan SEA 2011 dan membantu Kelantan juara Piala Malaysia 2010 dan Liga Super 2011.
Sekaligus dia diiktiraf penjaga gol terbaik Asia Tenggara.
Wajahnya yang serupa lelaki Cina yang tampan menyebabkan Apek popular di kalangan wanita Melayu di seluruh Malaysia. Pernah bertunang tapi putus dan kini dikaitkan dengan gadis jelita bernama Dahlia Teck.
Khairul Fahmi Che Mat dipanggil Apek kerana wajahnya mirip Cina.
Seorang lagi Apek yang mahsyur di Malaysia ialah Saiful Apek yang popular dalam dunia hiburan tanah air.
Pelakon komedi ini pernah dinobatkan Artis Paling Popular di Malaysia dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Berita Harian.
Dia juga pernah menjadi hos Melodi dengan berperwatakan lelaki Cina tua yang menyebabkannya digelar Apek.
Saiful Apek yang dilahirkan pada 15 Ogos 1969 di Gombak, Selangor, adalah 20 tahun lebih tua dari Apek Khairul Fahmi Che Mat.
Dia juga pernah menjadi anggota kumpulan lawak no.1 negara, Senario dan sudah membintangi puluhan filem.
Antaranya Lang Buana, Senario The Movie, Gila Bola, Jutawan Fakir, KL Menjerit, Puteri Impian 2, Nana Tanjung dan Cicak Man.
Bakatnya sebagai pelakon komedi amat hebat.
Semoga kedua dua Apek ini terus maju jaya dalam karier masing masing.
No comments:
Post a Comment