Thursday, November 10, 2011

Isu kurangkan bilangan penjawat awam, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua terus dibelasah Kesatuan Sekerja


Tony Pua







Berani sungguh Tony Pua berkata jika pembangkang memerintah Malaysia, maka bilangan penjawat awam di Malaysia akan dikurangkan.

Untuk rekod, bilangan penjawat awam atau kakitangan kerajaan di Malaysia ketika ini kira kira 1.2 juta orang. Mereka termasuk polis, tentera, kakitangan kementerian dan jabatan, Hospital, Guru dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Akibat kelancangan mulutnya, beberapa lagi kesatuan sekerja membidas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam jika pembangkang diberi kuasa memerintah negara.

Utusan Malaysia melaporkan pelbagai pihak berpendapat bukan sahaja cadangan tersebut sebagai tidak berasas bahkan bakal merencatkan agenda kerajaan mentransformasikan kemajuan negara.

Yang Dipertua Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia (Keptan), Aminuddin Chik berkata, tiada ada sebab untuk parti politik tersebut melaksanakan cadangan itu.

"Apa yang dicadangkan itu jika dilaksanakan akan merencatkan transformasi negara ke arah negara maju pada 2020 nanti," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tony yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Kita akui, Malaysia bukan macam di China yang mempunyai lebih 1 billion penduduk. Malaysia hanya ada 28.3 juta penduduk.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Sektor Awam Malaysia (Pesima), Sazali Sajat berkata, cadangan tersebut tidak membantu ke arah kemajuan negara.

"Kakitangan awam diibaratkan sebagai tulang belakang negara. Sekiranya dikurangkan, tidak porak-peranda negara dibuatnya?

"Contohnya, jika jumlah guru dikurangkan, bagaimana sistem pendidikan dapat dimajukan," katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia, Ashaari Maarof berkata, cadangan yang dikeluarkan pemimpin DAP itu tidak wajar dan tidak masuk akal.

"Seharusnya dia mencadangkan sesuatu yang lebih berfaedah dan bernas seperti kakitangan awam harus diberi motivasi atau diberi sebarang kelas tambahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Setiausaha Agung Kesatuan Penyelia Asrama Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia, Nik Mat Nik Yaakub pula menyifatkan cadangan pemimpin itu sebagai menghina penjawat awam.

"Seharusnya dia turut menghargai sumbangan penjawat awam dalam membangunkan negara.

''Saya percaya ini semuanya gimik politik murahan yang sengaja diada-adakan untuk menarik perhatian awam," katanya.

Tony Pua, apa nak jadi??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs