Sabah dikenali antara negeri di Malaysia yang mempunyai ribuan pekerja asing dari Indonesia dan Filipina.
Kebanjiran itu ekoran faktor geografi Sabah yang hampir dengan Indonesia dan Filipina.
Kebanyakan mereka bekerja di sektor perladangan termasuk kelapa sawit, pembinaan dan perkhidmatan.
Jumlah pekerja asing sah di Sabah tidak diketahui dengan tepat, namun dianggarkan lebih 500 ribu orang termasuk ahli keluarga mereka.
Selain pekerja asing sah, ada juga kategori rakyat asing di Sabah yang digelar pelarian dan Pendatang Tanpa Izin.
Golongan pelarian ini adalah mereka yang mendapat perlindungan di bawah pusat perlindungan pelarian Bangsa Bangsa Bersatu atau UNHCR akibat perang di selatan Filipina pada 1970an.
Manakala pendatang tanpa izin atau PATI pula terdiri mereka yang menetap secara tidak sah di Sabah.
Kebanjiran mereka turut menyumbang kepada masalah sosial di Sabah khususnya melibatkan rakyat asing dan PATI yang terlibat dengan jenayah serta anak mereka yang tidak berdokumen atau stateless kids atau kanak kanak tanpa warganegara.
Tidak dinafikan, Sabah masih bergantung kepada buruh asing untuk pertumbuhan ekonominya.
Untuk itu, kerajaan negeri Sabah pada 17 November 2011 bersetuju untuk membuka semula kuota pekerja asing melibatkan 7 sub sektor perkhidmatan iaitu :
1. Pekerja Kedai Makan (restoran)
2. Pembantu kedai runcit
3. Pekerja Kedai Tayar
4. Pekerja pembersihan dan pencucian
5. pencuci kenderaan bermotor (bukannya pencuri kenderaan bermotor ya)
6. pekerja bengkel kenderaan motor
7. pekerja kedai dobi
Semoga Sabah terus aman, damai dan makmur. Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment