Thursday, December 8, 2011

8 Ferrari, 1 Lamborghini dan 3 Mercedes berlanggar sesama sendiri di Jepun



Ini adalah antara kemalangan jalanraya paling mahal dalam sejarah, dengan nilai kerugian dianggarkan USD 3.85 juta dollar Amerika atau RM 11.55 juta!!

Berlaku Chugoku Expressway, Yamaguchi, Jepun pada Ahad 4 Disember 2011.



8 Ferrari, sebuah Lamborghini dan 3 Mercedes serta 3 lagi kenderaan berlanggar sesama sendiri. Dikatakan konvoi kenderaan mewah ini dalam perjalanan dari Hiroshima ke Kyushu apabila kenderaan paling depan, sejenis Ferrari terbabas dalam keadaan jalan licin, lalu berlakulah chain reaction.

ketika itu, kenderaan mewah ini dalam kelajuan antara 140 hingga 160 km sejam.






Namun semua pemandunya selamat. Itu yang penting. Wang boleh dicari, nyawa tidak boleh digalang ganti atau dibeli.



Berita ini menjadi tajuk utama di dunia kerana jarang jarang berlaku. Malahan kereta lumba Formula One pun jarang berlanggar sesama sendiri sehingga membabitkan 14 kenderaan meskipun pada kelajuan 300 km sejam!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs