Tuesday, March 6, 2012

Agup Batu Tulug, Gua Keranda berusia 900 tahun di Sabah











Selain keindahan Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu, Lembah Danum, Maliau Basin, Tabin dan Imbak Kanyon, Sabah sebenarnya mempunyai banyak lagi tarikan pelancongan.

Antaranya Agup Batu Tulug atau turut dikenali Gua Keranda.

Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur Sabah.

Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan, menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun.

Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.

Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian dan Merbau di Agop Batu Tulug yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu.

Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian penutup keranda.

Manakala motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.

Kini, Agup Batu Tulug dilindungi sebagai warisan sejarah oleh Jabatan Muzium Sabah.

Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan.

Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.

Inilah hadiah warisan Sabah untuk sejagat.

2 comments:

Harry George said...

I had bypass it many times but I had not visited it yet.. huh thanks for reminding me and I will visit it soon with a couple of blue tin (Harimau Bawah Pokok Kelapa) as my "KOKORI" hehehe

bebek said...

Bosss.. saya pernah naik atas Agup Batu Tulug pada 1995. Panat jugalah.. Tapi memang hebat pengalamannya. Bayangkan bagaimana orang2 pada 900 tahun dulu ramai2 angkat keranda Gua tu ke puncak Gua.. Memang kerja keras. p/s itu Kokori mimang kegemaran saya juga bahhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs