Monday, March 5, 2012

Kisah tragis, pelakon Kung Fu Terkenal China, Bai Jing dibunuh kejam suami sendiri..!!!









Ini berita menggemparkan dan Tragis dari Beijing China.

Aktres terkenal China, Bai Jing, 29, terbunuh selepas ditikam suaminya sendiri dalam satu pertengkaran pada Selasa 28 Februari 2012, di kediaman mereka di Chaoyang, China, dalam 1 insiden yang menggemparkan China dan peminat pelakon itu.

Laman web Asianone.com melaporkan, suami Bai Jing, Zhou Chenghai, 44, dikatakan menikam Bai Jing sebelum dia sendiri membunuh diri.

Namun saya hairan, Bai Jing pandai berkungfu, seperti Bruce Lee, mengapa dia tidak dapat menghalang suaminya daripada membunuhnya? Adakah Bai Jing diracun terlebih dahulu atau ditikam ketika dia tidur?





Bai Jing yang pernah disebut sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh adalah aktres kung-fu wanita paling terkenal dan sudah membintangi banyak filem termasuk Kung Fu Wing Chun, Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon dan banyak lagi.

Berita kematian Bai Jing diumumkan kira-kira jam 3 petang oleh pengurus besar sebuah agensi hiburan Ju Chunlei melalui laman Twitter berbahasa China.

“Tragedi berlaku berikutan masalah pasangan itu yang kerap bertengkar. Kematian ibu Zhou 31 Januari lalu adalah punca terakhir mereka bergaduh,” katanya.

Jun bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perkara itu, tetapi sebuah akhbar China Legal Evening News melaporkan, Zhou bersemuka dengan Bai Jing selepas menerima tuntutan cerai isterinya.

Di dalam petisyen perceraiannya, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang menghasilkan seorang anak lelaki dan menuduh lelaki itu berlaku curang.

Zhou adalah seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah, dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama sebelum bercerai.

Beliau melabur banyak wang untuk membantu meningkatkan kerjaya Bai sebelum mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.

Awal tahun ini, satu sumber mendakwa, Bai bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM28.5 juta) daripada suaminya, selain mengupah pelacur untuk menggoda Zhou agar dia boleh menuntut cerai dan mendapat banyak wang.

Akibatnya, ibu Zhou meninggal dunia kerana merasai tekanan masalah rumah tangga anaknya awal tahun ini, menurut laporan.

Pengarah, Zhang Tongzhu yang pernah bekerja bersama Bai berkata khabar angin seperti itu tidak benar.

“Bagi saya, dia (Bai) tidak bersalah dan seorang yang kuat bekerja,” kata Zhang. Pihak berkuasa masih menyiasat kes bunuh dan bunuh diri itu.

Rest in Peace Bai Jing.

2 comments:

Anonymous said...

Hey man..... the woman actor at the Three Kingdom The Rec of the dragon was not bai jing... come on la man... hehehehe

bebek said...

Anonymous.. thanks for the comment... ok yeahhh the actress there was not Bai Jing... Thanks again for reminding me.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs