Terkini, menerusi laporan media pada 21 Mac 2012, Gadis itu sebenarnya TIDAK DICULIK!!! MENYUSAHKAN ORANG BETUL, MERIMASKAN, MEMANASKAN. DAMN!!!
Siti Fatihah mengaku tidak diculik - sumber Utusan online, 21 Mac 2012
KUANTAN 21 Mac - Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
"Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
Hmmm geram juga apabila gadis ini sebenarnya tidak diculik tapi lari ke rumah boyfren. Ramai pihak termasuk polis mengorbankan wang, masa dan tenaga mencarinya kerana menyangkanya diculik, namun lain pula jadinya. Malahan saya sendiri membantu menghebahkan kehilangan gadis ini dalam blog saya seperti catatan di bawah :
Siapa siapa yang ada maklumat mengenai kes penculikan yang berlaku di Kuantan, Pahang ini, sila hubungi Polis.
Siti Nurfatihah Mahadi, 15 tahun dilaporkan diculik 3 individu di Taman Tas, Kuantan, Pahang, tengahari kelmarin Ahad 18 Mac 2012. Kejadian disaksikan 2 adiknya. Laporan polis sudah dibuat.
Menurut laporan Berita Harian Online hari ini, Siti Nurfatihah, pelajar perempuan Tingkatan Tiga hilang dipercayai dilarikan 3 individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, Kuantan, Pahang, petang Ahad, 18 Mac 2012.
Siti Nurfatihah dilaporkan keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.
Laporan polis sudah dibuat.
Jika anda ada maklumat, hubungi Polis dengan segera. Keluarga Siti Nurfatihah amat bimbang dengan keselamatannya.
No comments:
Post a Comment