Thursday, May 10, 2012

Gambar krew dan mungkin juga penumpang pesawat Sukhoi Superjet 100 buatan Russia yang terhempas di Indonesia


Pesawat ini mempunyai sistem tercanggih termasuk radar berteknologi tinggi yang boleh mengesan gunung atau apa saja di laluannya, dan 2 pilotnya yang kedua duannya bernama Alexander berpengalaman luas. SUdah takdir.















Gambar gambar di atas menunjukkan krew dan penumpang pesawat Sukhoi Superjet 100 buatan Russia ketika persinggahan di Indonesia untuk penerbangan promosi.

Mungkinkah krew dan penumpang di atas berada dalam pesawat ketika pesawat itu terhempas?

Tuhan memberkati mereka dan keluarga mereka.

Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, sebuah pesawat Sukhoi Superjet 100 buatan Russia yang membawa kira-kira 50 orang dipercayai hilang di kawasan pergunungan selatan ibu negara Indonesia ketika mengadakan pertunjukan semalam, iaitu Rabu 9 Mei 2012.

Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar 50 minit ketika melakukan penerbangan ringkas.

Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian menggunakan pengangkutan darat dan berjalan kaki ke arah pergunungan Salak.

"Kami syak kapal terbang itu terhempas tetapi belum dapat dipastikan," kata Ketua Penyelamat, Marsdya Daryatmo beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Laporan terbaru menyebut, kesemua krew dan penumpang, maut dalam nahas itu.

Tuhan memberkati roh mereka.

Sumber AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs