Thursday, May 24, 2012

Super Amazing Malaysians. Rakyat Malaysia yang terlalu hebat dan cemerlang dalam bidang esktrem

Amazing Malaysians. Rakyat Malaysia yang cemerlang dalam bidang esktrem

Di sini kita bukan membicarakan mengenai sukan biasa iaitu Lee Chong Wei, Nicol David, Pandelela Rinong dan sebagainya.

Namun rakyat Malaysia yang berjaya dalam aktiviti amat esktrem.

Mereka dimaksudkan.


Mohd Noor Mat Amin – jurugambar Utusan Malaysia yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Borneo setinggi 4,095 meter sebanyak 111 kali berturut turut selama 111 hari berakhir 20 April 2010. Tenaganya sekuat Superman dan Ultraman combined!! Kita nak panjat sekali pun dah separuh mati, apa lagi 111 kali berturut turut!!!




M Magendran dan N Mohandas, 2 rakyat Malaysia pertama berjaya tiba di puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest setinggi 29, 028 kaki atau 8,848 meter pada 23 Mei 1997, diiringi 3 Sherpa, sekaligus mengikuti jejak pendaki lagenda dunia, Sri Edmund Hillary. Harus diingat, ramai pendaki maut ketika mendaki Everest dan mayat mereka masih bersemadi di puncak sana.




Muhamad Quqarrabin Mokhtaruddin, yang misinya mahu menjadi pendaki termuda dunia menakluk 7 puncak tertinggi di 7 benua termasuk Everest, Kala-pattar, Aconcagua, Mc Kinley dan Kilimanjaro. Pada 2004, anak muda ini pernah tiba hingga ke puncak Gunung Everest, gunung tertinggi dunia.



Angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang ke angkasa lepas menaiki roket Russia Soyuz TMA pada 10 Oktober 2007.

Dr Sheikh Muszaphar juga seorang doktor bedah ortopedik, menetap 11 hari di ISS atau International Space Station.

Namun, angkasawan kacak tampan ini menghancurkan hati ribuan wanita di Malaysia apabila berkahwin pada 10.10. 2010 dan kini bergelar bapa kepada seorang anak perempuan.



Datuk Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar tanpa motor, hanya menggunakan Layar dan kuasa angin, bernama Jalur Gemilang pada 1999, selama 190 hari. Pernah tiang layar kapal layarnya patah di Argentina dan diterbangkan menerusi penerbangan khas TUDM dari Malaysia ke Argentina!!




Datin Paduka Sharifah Mazlina, wanita pertama dunia yang berjaya rentasi Artik dan Antartika secara solo dalam 2 ekspedisi berasingan!!

Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, wanita pertama dunia yang merentasi Artik dan Antartika secara solo. Hebat!! Datin Paduka menghadapi pelbagai cabaran termasuklah ancaman beruang kutub atau polar bear dan risiko jatuh ke air sejuk beku akibat runtuhan ais, namun dia berjaya melakukannya secara solo.





Abdul Malik Mydin, lelaki pertama Malaysia dan Asia Tenggara renangi merentasi Selat Inggeris pada 2003.


Abdul Malik Mydin, rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang berjaya berenang merentasi selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 42 minit. Kita nak berenang 10 minit pun tak boleh, apa lagi 17 jam tanpa henti!!



Estino Taniyu, seorang pemuda dari Semporna, Sabah yang juga anggota TLDM, adalah perenang kedua dari Malaysia yang berjaya menakluk Selat Inggeris bagi kategori tanpa sangkar selepas Lennard Lee pada tahun 2004.

Estino menamatkan renangan tanpa henti dari Dover, England ke Calais, Perancis dalam masa 13 jam 45 minit dan 45 saat pada 22 September 2012. Perhatikan masa dicatatnya hampir 4 jam lebih pantas dari renangan bersejarah Malik Mydin, 9 tahun sebelum itu.




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menjadi Raja Muda Selangor, pernah mengelilingi dunia secara solo pada 1995 dengan kapal layar, SY Jugra selama 22 bulan.

Pada 1997, Baginda juga pernah menyertai Motor Challenge dari Peking, China ke Paris, Perancis dalam kategori kereta antik, menggunakan kereta Ford Model B 1932 dimana Baginda berjaya mengharungi perjalanan 16,000 km dalam masa 43 hari.

Pada 1986, Baginda juga pernah memandu kereta Proton Saga dari Kota Kinabalu ke Kuching sejauh 1,111 km dalam masa 2 hari.


Siapa pula Pencipta Pen Drive USB Single Chip pertama dunia? Sudah pasti anak muda Malaysia bernama Pua Khein-Seng

Syabas Malaysia. Hidup Najib!! Hidup Liverpool!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs