Thursday, May 24, 2012

Apa kata kita buang saja Abramovich ke dalam laut sebelum dunia bolasepak menjadi binasa??


Roman Abramovich, si jutawan gila dari Russia yang tidak tahu apa apa mengenai bolasepak, sudah banyak jurulatih cemerlang dan terbaik dunia yang dibuangnya dari Chelsea. Abramovich harus dibuang ke laut atau dipenjara 500 hari tanpa makanan dan minuman, untuk menyelamatkan bolasepak dunia. Bodoh punya Abramovich!!



Carlo Ancelotti - jurulatih hebat ini dibuang Abramovich


The Special One, Jose Mourinho, antara jurulatih bolasepak terbaik dunia tapi dibuang juga oleh Abramovich.



Andre Villas Boas patut mendapat pujian atas kejayaan Chelsea juara Champions League 2011/2012, bukannya Roberto Di Matteo, namun kebodohan Abramovich menyebabkan Villas Boas hanya mengecap aksi 9 bulan selaku jurulatih Chelsea di Stamford Bridge.




M Karathu kenapa? Mourinho why? Ancelloti why? Andre-Vilas Boas why?

Kita kadangkala tak faham dengan sikap setengah persatuan bolasepak atau pemilik kelab bolasepak di Malaysia dan Luar Negara yang membuang jurulatih yang sudah membawa pelbagai kejayaan kepada pasukan kelab/negeri atau negara.

Jika ini berlaku, maka ia 1 kehilangan besar kepada pasukan berkenaan.

Kita geram juga dengan pihak yang membuang jurulatih berjaya.

Suruhlah orang itu bermain bola sendiri atau latih pemain. Lihat boleh atau tidak?

Contoh jurulatih yang menjadi mangsa keadaan ialah M. Karathu yang dilepaskan sebagai jurulatih Kelantan pada hujung 2011 meskipun baru membimbing Kelantan, The Red Warriors selaku juara Liga Super 2011, buat pertama kalinya.

Begitu juga Carlo Ancelotti yang dibuang selaku pengurus Chelsea pada May 2011 oleh pemilik Chelsea, si jutawan bodoh dari Russia yang tidak tahu menendang bola, Roman Abramovich, meskipun Ancelotti membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Piala FA pada 2009 – kejuaraan berganda.

Begitu juga The Special One, Jose Mourinho yang dibuang selaku pengurus Chelsea pada September 2007 oleh orang yang sama iaitu Abramovich meskipun membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris musim 2004/2005, iaitu kejuaraan buat pertama kali kelab The Blues dalam tempoh 50 tahun serta Piala Liga, dalam musim pertama Mourinho bersama Chelsea.

Dalam musim kedua bersama Chelsea, Mourinho membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua bertutur turut pada musim 2005/2006.

Pada musim 2006/2007, The Special One membawa Chelsea juara berganda Piala FA dan Piala Liga serta naib juara EPL. Itupun si bodoh Abramovich buang Mourinho juga.

Selepas Chelsea, Jose Mouruniho menjadi pengurus paling berjaya dalam bolasepak dunia apabila membimbing Inter Milan juara Champions League 2010, Juara Serie A 2010 dan Juara Piala Itali 2010 serta Real Madrid selaku Juara La Liga Sepanyol musim 2011/2012.

Selepas Mourinho dibuang, penggantinya turut dibuang oleh Abramovich iaitu Carlo Ancelloti, Luiz Felipe Scolari dan terbsru Andre Villas Boas.

Apa kata kita buang saja Abramovich ke dalam laut sebelum dunia bolasepak menjadi binasa??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs