Monday, October 1, 2012

Kapal pengangkut pesawat USA, USS JOHN C STENNIS, berlabuh di Kota Kinabalu, 30 September 2012












Antara rakyat Sabah yang bertuah, dijemput menaiki kapal raksaksa ini




Tujahan pesawat Hornet dan Super Hornet buatan McDonnell Douglas ini boleh mencapai kelajuan Mach 1.8, bergerak dari 0 ke 300 km sejam dalam masa kurang 2 saat!! Malaysian pun ada pesawat jenis ini


Sila beri perhatian ke atas sebuah Machine Gun besar di kiri gambar ini, yang menanti pelawat tak diundang!!















Masyarakat Kota Kinabalu memang bertuah, selepas lawatan pasangan diraja England, Putera William dan Kate Middleton, September lalu dan pemimpin no.2 dari parti Komunis China, kini Sabah menjadi persinggahan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear kelas Nimitz, Amerika Syarikat, USS JOHN C STENNIS di pelabuhan kota kinabalu, pada Ahad 30 September 2012 dan menarik minat warga Kota Kinabalu.

Kapal yang membawa 5,000 anak kapal dan 76 pesawat termasuk jet pejuang FA18F SUPER HORNET dan FA18C HORNET, pesawat Prowler, Greyhound dan helikopter Sea Hawk dan Kinght Hawk, melakukan persinggahan 4 hari di Kota Kinabalu, selepas pelayaran tanpa henti selama sebulan dari Amerika Syarikat.

Ini kali pertama sebuah kapal pengangkut pesawat melakukan persinggahan di Kota Kinabalu.

Kapal sepanjang 333 meter ini pernah menyertai misi ketenteraan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Sepanjang berlabuh di Kota Kinabalu, 5000 anak kapalnya terbabit dalam pelbagai aktiviti termasuk kebajikan dan sukarela, selain mempelajari kebudayaan tempatan.

Ini persinggahan pertama kapal raksaksa ini selepas belayar tanpa henti dari Amerika Syarikat, Ogos 2012 lalu.

Untuk rekod, Amerika Syarikat mempunyai 11 kapal pengangkut pesawat atau aircraft carriers, 10 daripadanya dari kelas Nimitz dan 1 dari kelas Enterprise.

Setiap kali berlaku perang, Presiden USA akan kata where are the carriers?

Permerintah CARRIER STRIKE GROUP 3, LAKSAMANA MUDA CHARLES N GAOUETTE berkata :

"the benefit that we get from coming to kota kinabalu is we learn about other people, where they live, how they are, we get to see those people, & as americans this is one of the things we need to work on we tend to like large country we tend to focus on ourselves, so we have 5,000 people who are coming to malaysia to learn about you."

atan dalam Bahasa Malaysia beliau berkata "faedah yang kita dapati menerusi lawatan ke kota kinabalu, ialah kami belajar mengenai masyarakat di sini dan 5,000 anak kapal ini mahu mempelajari lebih banyak mengenai Malaysia."

Lessons from this : Dont mess with the Americans!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs