Friday, May 10, 2013

5 Muka baru senarai Menteri Kabinet Sabah 2013

Barisan menteri kabinet Sabah dan 18 pembantu menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang Di pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di istana Negeri Kota Kinabalu pada 4 petang, Jumaat 10 Mei 2013. Istiadat itu dilakukan setelah BN Sabah membentuk kerajaan negeri, menang 48 daripada 60 kerusi DUN pada PRU 13 pada 5 Mei 2013.

Menteri Kabinet Sabah menyaksikan 5 muka baru dilantik, terdiri dua dari umno dan masing masing seorang dari Parti Bersatu Sabah, PBS, Parti Liberal Demokratik, LDP dan Parti UPKO.



Dari kiri ke kanan - Siringan Gubat, Jainab Ahmad, Radin Malleh, Teo Chee Kang dan Tawfiq Abu Bakar Titingan.


Mereka ialah Naib Presiden PBS dan Adun Melalap, Datuk Radin Malleh sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Adun Paginatan, Datuk Siringan Gubat dari UPKO sebagai Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad dari UMNO dan ADUN KARAMBUNAI - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

ADUN Apas dari UMNO, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan selaku Menteri Belia dan Sukan dan Setiausaha Agung LDP, Datuk Teo Chee Kang sebagai Menteri tugas tugas khas, satu potfolio baru yang diwujudkan.

Dua penyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri dikekalkan iaitu Presiden PBS dan Adun Tambunan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah serta Adun Petagas, Datuk Seri Yahya Hussin.

Manakala Adun Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dari parti Gerakan dilantik Timbalan Ketua Menteri bagi kuota masyakarat Cina, menggantikan Datuk Yee Moh Chai yang tewas di DUN API API.

Jawatan Menteri kewangan turut dipegang Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Turut mengangkat sumpah petang tadi, 18 pembantu menteri. Berikut ialah senarai penuh menteri kabinet Sabah.

Carta

Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Timbalan Ketua Menteri)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin (Timbalan Ketua Menteri)
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah (Timbalan Ketua Menteri)
Pembantu menteri:
1.Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar)
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Nyuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Samad (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs