Showing posts with label fuad stephens. Show all posts
Showing posts with label fuad stephens. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Tragedi 6 Jun 1976, kekal dalam lipatan sejarah Sabah


Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens yang terkorban dalam nahas udara paling buruk dalam sejarah Sabah pada 6 Jun 1976.


Orang ramai berusaha mengeluarkan mayat 11 mangsa nahas pesawat Nomad yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun 1976 bersamaan hari Ahad. Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk 3 menteri kabinet terkorban dalam nahas udara paling buruk dalam sejarah Sabah.










Tajuk akhbar Daily Express pada 7 Jun 1976, Isnin, yang mengemparkan dunia. Hampir separuh anggota menteri kabinet Sabah, termasuk Ketua Menteri Tun Mohd Fuad Stephens, 3 menteri kabinet dan seorang pembantu menteri, terkorban dalam nahas itu. Gambar diambil dari http://sikmading.blogspot.com



Tugu peringatan memorial peristiwa sedih negeri Sabah itu yang didirikan di Sembulan, kini kawasan perumahan dikenali Grace Ville. Pada 6 Jun setiap tahun, upacara memorial diadakan di sini oleh kaum keluarga mangsa nahas kapal terbang itu.


Hari ini 6 Jun 2011, genap 35 tahun lalu, pada 6 Jun 1976, berlaku satu peristiwa di Sembulan, Kota KInabalu yang menggemparkan Sabah dan juga dunia.

Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens yang juga Huguan Siou Pertama dan 10 yang lain termasuk 3 menteri kabinet dan seorang pembantu menteri, terkorban dalam nahas udara dikenali Double Six Tragedy di Sembulan dekat Kota Kinabalu.

Pesawat malang yang dinaiki jenis Nomad buatan Australia, milik Sabah Air...

Kejadian berlaku ketika Tun Fuad baru berusia 56 tahun dan baru 53 hari menjadi Ketua Menteri Sabah selepas parti Berjaya yang ditubuhkan pada 15 Julai 1975 menang 28 daripada 48 kerusi DUN Sabah pada pilihanraya negeri April 1976. Tragedi yang amat menyedihkan...

Turut terkorban, menteri Kabinet Sabah, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong, Datuk Chong Thian Vun.

Mereka yang terkorban dalam nahas udara pesawat Nomad milik Sabah Air pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu.

1. Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah, Datuk Chong Thian Vun
4. Menteri Kewangan Sabah, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari

Turut sepatutnya berada dalam pesawat Nomad yang malang itu ialah Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakob. Namun pada saat akhir, mereka dilaporkan berpindah ke sebuah lagi pesawat Nomad untuk lawatan ke Pulau Banggi, Kudat atas permintaan Datuk Harris Mohd Salleh.

Punca sebenar nahas???? samada masalah teknikal, mekanikal, cuaca, kecuaian manusia atau faktor lain, telahpun disiasat dan masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Kejadian berlaku hari Ahad ketika pesawat dalam penerbangan balik ke KK dari Labuan... sepatutnya pada Isnin, 7 Jun 1976, Tun Fuad mewakili Sabah menanda tangani perjanjian dengan Petronas bagi royalti 5% bagi hasil minyak dan gas Sabah yang dicarigali oleh Petronas di perairan Sabah.

Jika Tragedi ni tidak berlaku, tidak mustahil Sabah masih diperintah oleh kerajaan Berjaya dan autonomi, royalti, perjanjian 20 perkara, serta aspek lain yang berkaitan dengan kepentingan Sabah, terpelihara baik, terikat kemas dan terpateri dengan kukuh...

Semoga roh kesemua 11 mangsa nahas udara itu bersemadi dengan aman dan dicucuri rahmat.

Thursday, April 16, 2009

One of Malaysia's youngest ever Member of Parliament, passed away in Singapore


The late Affendi Stephens (right - white shirt)

(source - the New Straits Times online)

KOTA KINABALU: One of Malaysia's youngest ever MPs Affendy Stephens died of a heart condition at about 4am yesterday while on holiday in Singapore with his family. He was 50.

He leaves behind wife Zalina Kamal and three daughters aged between three and 15.

The second son of the late former Sabah Yang di-Pertua Negeri and Sabah Chief Minister, Tun Mohammed Fuad Stephens, Affendy was elected Marudu MP under a Parti Berjaya ticket at age 23 in 1982 and served for a term.

He joined Umno when the party expanded its wing to Sabah in 1991 and held various positions, including as Penampang Umno division deputy head and as its youth chief before opting out of active politics.

A businessman, Affendy, who had also served as Kiulu People Development Leader, is a director in several companies in Kuala Lumpur and here.

Her sister Faridah Stephens told the New Straits Times that Affendy had breathing problem and chest discomfort and sought treatment at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore on April 9.

After undergoing an angiogram procedure, he was discharged last Sunday and was supposed to return to Kuala Lumpur, where he is now based, today.

Affendy's mother Toh Puan Rahimah Stephens, a former state minister, and other family members had rushed to Singapore on Friday to be with him..

"We never expected this. He seems to be alright last night (yesterday night) and was in a jolly mood playing with his kids and talking to us," Faridah said.

Affendy's body was brought from Singapore to his in-laws residence at 56 Jalan BJ/4, Taman Bukit Jaya in Bukit Antarabangsa in Kuala Lumpur and burial would be at Jalan Ampang Muslim cemetery after prayers at Kampung Baru Mosque at 9.30am today (Friday, 17 April 2009)..

Rest in Peace Affendy..

His father, the late Tun Mohd Fuad Stphens, then Sabah Chief Minister, died in a plane crash on June 6, 1976, along with other Sabah cabinet ministers including Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thian Vun and Darius Binion.

Their plane - a Nomad, crashed in shallow waters off Sembulan, while attempting to land in the Kota Kinabalu airport from Labuan.

The incident shocked the nation...

Affendy's mother, Toh Puan Hajjah Rahimah Stephens was appointed as Sabah's first ever woman cabinet minister in 1976.

Affendy was also active in sports such as Cricket.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs