Sunday, December 21, 2008

Chong wei juara badminton super series master final 2008




PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA, LEE CHONG WEI MENUTUP TIRAI BADMINTON 2008 DENGAN PENUH BERGAYA APABILA MENJUARAI PERSEORANGAN LELAKI, KEJOHANAN SUPER SERIES MASTER FINAL DI STADIUM TERTUTUP KOMPLEKS SUKAN LIKAS, KOTA KINABALU, SEBENTAR TADI.

CHONG WEI - ANAK PULAU PINANG MENEWASKAN JAGUH DENMARK, PETER GADE, DALAM PERLAWANAN AKHIR PERSEORANGAN LELAKI SEBENTAR TADI DENGAN STRAIGHT SET 21-8, 21-16 DALAM MASA HANYA 33 MINIT.

MENDAPAT SOKONGAN PADU LEBIH 10 RIBU PENONTON, CHONG WEI LANGSUNG TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA PETER GADE DAN MENANG MUDAH DALAM PERLAWANAN BERAT SEBELAH ITU.

KOMBINASI 18 PUKULAN SMASH, 12 PUKULAN NET DAN 11 PUKULAN STROKE, NYATA MENGGAMAMKAN PETER GADE YANG SEBELUM INI DIWAR WARKAN MAMPU MEMECAHKAN DOMINASI ASIA DALAM KEJOHANAN ITU.

DENGAN KEMENANGAN INI, CHONG WEI MERAIH WANG TUNAI USD 40,000 ATAU 144 RIBU RINGGIT, SEKALIGUS MENAMATKAN KEMARAU KEJUARAAN 2008 SETELAH KECEWA DALAM ANTARANYA FINAL SUKAN OLIMPIK BEIJING DAN FINAL CHINA OPEN SUPER SERIES.

TAHNIAH CHONG WEI, TAHNIAH MALAYSIA.

KETIKA INI, BEREGU NEGARA TAN BOON HEONG DAN KOO KIEN KEAT SEDANG BERDEPAN LAWAN DARI KOREA SELATAN - JUNG JAE SUNG DAN LEE YONG DAE DALAM FINAL BERGEU LELAKI.

SATU LAGI WAKIL NEGARA, BEREGU WANITA WONG PEI TY DAN CHIN EEI HUI AKAN BERDEPAN LAWAN DARI INDONESIA MARRISA VITA DAN LILIYANA NATSIR SELEPAS ITU.

MALAYSIA BOLEH!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs