Sunday, December 28, 2008

christmas dan karaoke



Merry Christmas everybody, 25 disember lalu, Krismas disambut di seluruh dunia. Perayaan ini turut sama disambut penganut agama lain dari pelbagai suku kaum, budaya dan etnik yang melambangkan semangat toleransi di Dunia, rantau ini dan juga Malaysia.


Dan pastinya, selain upacara keagamaan di gereja, krismas turut memiliki tradisi padu sejak dulu iaitu majlis rumah terbuka yang diadakan di mana mana saja, di hadiri pemimpin negara, rakyat biasa, sahabat handai taulan dan golongan miskin kaya.


Rumah terbuka ini dimeriahkan lagi dan dipastikan tidak suram menerusi acara nyanyian. Pasti ada menggunakan set Karaoke.
Nah, Karaoke adalah antara ciptaan terhebat abad ke 20 selain daripada internet, handphone, komputer, ipod dan alat elektronik canggih lain yang tidak pernah difikirkan oleh Albert Einstein..

Daisuke Inoue

Tahukah anda karaoke, dicipta hampir 40 tahun lalu oleh Daisuke Inoue, seorang rakyat Jepun di Kobe, Jepun pada 1971. Daisuke Inoude pada mulanya hanya anggota kugiran biasa yang melakukan persembahan di kelab malam sekitar Kobe.

Namun entah dari mana, dia mendapat idea yang begitu cerdik - iaitu Karaoke yang menggabungkan konsep seorang penyanyi amatur dan profesional, menyanyi bersama dengan iringan muzik minus one di hadapan monitor tv yang mempunyai lirik. Konsep itu belum pernah dipraktikkan sebelum ini.


Kerana menjadi terlalu popular, Karaoke terus menguasai pasaran dunia bermula dari Asia sehinggalah ke Eropah dan Amerika Syarikat sehinggalah ke hari ini. Pada 1996, industri karaoke dianggar bernilai 10 billion Dolar Amerika..


Kini, karaoke boleh pula dinyanyikan pada telefon bimbit, internet, malah dalam kenderaan sekalipun.

Roberto Del Rosario

Namun Daisuke Inoue hilang peluang untuk menjadi kaya raya menerusi karaoke ciptaannya kerana beliau tidak mempatenkan ciptaannya itu, sebaliknya seorang rakyat Filipina - Roberto Del Rosario pula yang mempatenkan karaoke itu dengan menamakannya SING ALONG MINUS ONE....


Pada 26 may 2006, rekod dunia dicipta di Helsinki, Finland apabila 80,000 orang menyanyikan karaoke serentak - lagu berjudul HARD ROCK HALLELUJAH, yang dipopularkan kumpulan hard rock Finland - Lordi - juara Eurovision 2006


Pada 1 januari 2008, China pula mencatat rekod dunia bagi nyanyian lagu karaoke tanpa henti paling lama iaitu selama 214 jam, 20 minit dan 8 saat..

Tommy Lee

Individu yang paling lama menyanyi karaoke tanpa henti sambil berparti rancak, tidak lain dan tidak bukan pemain drum Motley Crue, Tommy Lee - yang dilaporkan boleh menyanyi, menari, berdansa dan berparti mulai 9 malam hingga jam 9 pagi pada keesokan harinya...!!!! (malangnya rekod beliau itu tidak diiktiraf oleh Guiness Book of Records)!!!

2 comments:

ben said...

Strangely I did not do any karaoke this Xmas...

bebek said...

marilah datooo aiyaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs