Sunday, December 7, 2008

BN Sabah dan Sarawak



Sejak pilihanraya umum ke 12 berakhir 6 bulan lalu, isu ahli parlimen Barisan Nasional, BN
khususnya dari Sabah dan Sarawak, keluar parti dan menyertai pembangkang, sudah kerap kali ditimbulkan.

Kerusi parlimen pembangkang yang meningkat mendadak kepada 82 kerusi berbanding pilihanraya umum ke 11, disusuli isu politik semasa, antara faktor dikaitkan dengan isu lompat melompat parti di Malaysia.

Tarikh 16 September sebagai peralihan kuasa kerajaan pusat daripada kerajaan BN kepada pakatan rakyat, diwar warkan penasihat parti keadilan rakyat, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejauh mana kebenaran dakwaan itu ?

Umum sudah mengetahui keputusan pilihanraya Malaysia 8 Mac lalu yang menyaksikan BN menguasai 140 kerusi manakala pembangkang 82 kerusi.

Sejurus pilihanraya berakhir, cakap cakap sudah kedengaran mengenai usaha pembangkang menarik sekurang kurangnya 30 ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak untuk mencapai majority mudah dalam dewan rakyat, sekaligus membentuk kerajaan.

Malah Anwar Ibrahim sendiri sudah beberapa kali dilaporkan berkata ahli parlimen BN berkenaan sedia menyertai pembangkang.

Namun PM Pak Lah serta kepimpinan tertinggi BN lain sudah kerap kali juga menepis cakap cakap itu dengan menyatakan kerajaan BN adalah kuat dan kukuh dan mendapat sokongan padu rakyat.

Oleh itu katanya tidak ada sebab mengapa kerajaan sedia ada ditumbangkan menerusi cara sedemikian, namun perkembangan pasca pilihanraya juga antara sebab isu berkenaan masih bermain di benak rakyat negara ini.

Antaranya tindakan beberapa pemimpin dan wakil rakyat UMNO sendiri yang meminta PM meletak jawatan yang akhirnya membawa kepada pengumuman PM untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Datuk Seri Najib, Mac 2009.

Begitu juga suara dari Sabah dan Sarawak yang mahu kedua dua negeri itu diperuntukkan lebih banyak jawatan dalam kabinet persekutuan. Ia berdasarkan 54 kerusi Parlimen yang disumbang BN Sabah & Sarawak dalam pilihanraya itu – sekaligus membantu BN kembali berkuasa.
Datuk Ghafur Salleh

Dan ini disusuli pula tindakan 3 ahli parlimen BN menolak perlantikan jawatan dalam kabinet, 2 daripada mereka adalah dari Sabah iaitu ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh yang menolak potfolio timbalan menteri sumber asli & alam sekitar dan Datuk Anifah Aman – ahli parlimen Kimanis yang menolak potfolio Timbalan menteri pengangkutan.

Namun kesudahannya di kabinet persekutuan sabah kini diwakili 3 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Manakala Sarawak diwakili 2 menteri penuh dan 9 timbalan menteri.

Kuota itu antara tertinggi pernah diperuntukkan untuk Malaysia timur.

Selepas isu perlantikan kabinet dilihat sudah berakhir, kelantangan ahli parlimen BN sabah di dewan rakyat yang mahu kerajaan pusat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sosio ekonomi di negeri itu, khususnya pembangunan prasarana asas seperti jalanraya, letrik, bekalan air dan kemiskinan serta masalah kebanjiran pendatang tanpa izin, sekali lagi mencuri tumpuan.

Datuk Anifah yang juga pengerusi kelab penyokong kerajaan sabah bagaimanapun berkata kelantangan menyuarakan isu itu bukan bermakna mereka mahu mengugurkan atau menumbangkan kerajaan sedia ada atau mahu melompat parti.

Namun semata2 mahu memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak di sabah.

Reda dengan isu itu, satu lagi kontrovesi melibatkan BN sabah tercetus.

Ia berlaku 18 jun lalu apabila presiden parti maju sabah, SAPP datuk yong teck lee secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan ke atas kepimpinan perdana menteri.

Pada 17 september iaitu sebulan selepas itu, SAPP sah mengumumkan keluar BN.

Dari segi sejarah, kerajaan persekutuan tidak pernah diambil alih menerusi cara ahli parlimen parti pemerintah keluar parti dan menyertai pembangkang.

Namun sejarah menunjukkan ia pernah berlaku di peringkat dewan undangan negeri iaitu selepas pilihanraya dun sabah pada februari 1994. Pada pilihanraya itu PBS menang tipis, mendapat 25 kerusi berbanding BN 23 kerusi.

Namun 3 minggu selepas itu Kerajaan PBS yang diterajui Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan tumbang ekoran tindakan ADUN PBS keluar parti beramai ramai samada untuk menyertai komponen BN atau menubuhkan parti sendiri yang kemudiannya diterima ke dalam BN.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs