Sunday, December 21, 2008

AKHIRNYA KOO KIEN KEAT DAN TAN BOON HEONG KEMBALI KE PUNCAK DUNIA!!


SETELAH SEKIAN LAMA KEMARAU KEJUARAAN, BEREGU LELAKI NEGARA-TAN BOON HEONG DAN KOO KIEN KEAT AKHIRNYA MENUTUP KALENDAR BADMINTON 2008 DENGAN PENUH BERGAYA APABILA MUNCUL JUARA BEREGU LELAKI BADMINTON SUPER SERIES MASTER FINAL DI KOTA KINABALU, SEBENTAR TADI.

KIEN KEAT-BOON HEONG MENUMBANGKAN GANDINGAN KOREA - JUNG JAE SUNG DAN LEE YONG DAE, 21-18, 21-14 DALAM MASA 37 MINIT, SEKALIGUS BUKAN SAHAJA MERAIH WANG TUNAI USD 42,000 ATAU RM 151,000.00, MALAH MENGGAPAI SEMULA PRESTIJ.

SOKONGAN PADU 10 RIBU PENONTON DI STADIUM TERTUTUP LIKAS BUKAN SAHAJA MELONJAKKAN SEMANGAT JUANG KIEN KEAT DAN BOON HEONG, MALAH MENYEMARAKKAN SEMANGAT WAJA UNTUK TERUS MENGUNGGULI BADMINTON DUNIA SETELAH SEKIAN LAMA DIANGGAP TIDAK LAGI MENYENGAT...!!!

KOO KIEN KEAT TERUTAMANYA TURUT MENAMPILKAN AKSI PALING DIINGATI PADA AKSI FINAL APABILA BERJAYA MENGEMBALIKAN 3 PUKULAN SMASH BERTURUT TURUT DARI PIHAK LAWAN MESKIPUN DALAM KEADAAN TERDUDUK KETIKA MENDAHULI 19-16 DALAM SET PERTAMA. MEREKA HANYA MEMBENARKAN LAWAN MEMUNGUT 2 LAGI MATA SEBELUM MENANG SET PERTAMA 21-18.

SELEPAS KETINGGALAN 3-8 PADA SATU KETIKA DALAM SET KEDUA, KIEN KEAT DAN BOON HEONG BINGKAS MELAWAN DAN TIDAK LAGI MEMANDANG KE BELAKANG UNTUK MENANG SELESA 21-14 SEKALIGUS MERAIH KEJUARAAN PALING MANIS TAHUN INI SETELAH BERGELAR JUARA SUKAN ASIA, JUARA ALL ENGLAND DAN JUARA BANYAK LAGI KEJOHANAN UTAMA LAIN DI DUNIA SEBELUM INI.

TAHNIAH KIEN KEAT DAN BOON HEONG - SEMOGA KEJAYAAN INI MENDORONG ANDA TERUS CEMERLANG PADA 2009 KELAK... SYABAS MALAYSIA.

2 comments:

pinolobu said...

Did CV chong take that seated KKK photo?

bebek said...

i heard dia mabok dato!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs