Saturday, December 20, 2008

tahniah, congrats lee chong wei



TAHNIAH KEPADA DATUK LEE CHONG WEI - PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA. LEE CHONG WEI SEBENTAR TADI MELANGKAH KE FINAL BADMINTON SUPER SERIES MASTER FINAL DI KOTA KINABALU. CHONG WEI MENGALAHKAN TAUFIK HIDAYAT, MENANG MUDAH 21-5, 21-10 DALAM SAINGAN SEPARUH AKHIR YANG BARU BERAKHIR KIRA KIRA 9.58 MALAM TADI DI KOMPLEKS SUKAN LIKAS KOTA KINABALU. LEE CHONG WEI TAMPAK MENGUASAI PERLAWANAN BERAT SEBELAH ITU DENGAN SIRI PUKULAN / STORKE MENARIK YANG MEMBUATKAN TAUFIK HIDAYAT TERPAKU DI GELANGGANG. CHONG WEI MENANG MUDAH DALAM MASA KURANG SETENGAH JAM, SEMANGATNYA MEMBARA DENGAN SOKONGAN PADU 10 RIBU PEMINAT BADMINTON YANG MEMBANJIRI STADIUM TERTUTUP LIKAS. TAHNIAH CHONG WEI. PASTIKAN USD 40,000 DAN PRESTIJ MILIKMU APABILA BERTEMU PETER GADE DARI DENMARK DALAM FINAL AHAD INI, 21 DEC 08. MALAYSIA BOLEH!!!

DALAM FINAL AHAD 21 DECEMBER 08 INI, CHONG WEI AKAN BERTEMU PETER GADE DARI DENMARK YANG SEBELUM ITU MENUMBANGKAN PEMAIN INDONESIA - SONY DWI KUNCORO, 21-10, 21-10 DALAM SATU LAGI PERLAWANAN SEPARUH AKHIR.

DENGAN KEMENANGAN INI, 3 WAKIL MALAYSIA AKAN BERAKSI DI FINAL KELAK. SELAIN CHONG WEI, BEREGU LELAKI KOO KIEN KIAT DAN TAN BOON HEONG DAN BEREGU WANITA WONG PEI TY DAN CHIN EE HUI TURUT MARA KE FINAL.

KIEN KIAT DAN BOON HEONG MENGALAHKAN RAKAN SENEGARA, ZAKRY LATIF DAN FAIRUZIZUAN TAZAR, 22-20, 21-14.

KEJOHANAN MASTER FINAL SUPER SERIES, MENAWARKAN HADIAH WANG TUNAI USD500,000.00

TAMAT.

2 comments:

pinolobu said...

Taufik looked subdued, slow and did lots of unforced errors. Never did he look as dangerous as he could be. He did not even do one of his backhand smashes.

bebek said...

aiyaaaaa........... tadi taufik hidayat kena interview media - dia bilang - dia memang ada back injury tapi bukan sebab itu dia kalah mudah malam ini. cuma katanya, chong wei main dengan bagus sekali pak!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs