Thursday, April 30, 2009

Chin Peng WAJAR diharamkan daripada memasuki Malaysia selamanya








Inilah gambar Chin Peng

Siapa yang tidak kenal Chin Peng - bekas ketua PKM Parti Komunis Malaya.

Pada 1950-an dia begitu gah dan angkuh sekali sebagai pemimpin PKM yang memporak perandakan dan menghuru harakan Tanah Melayu dengan aktiviti subversif komunis sehingga menyebabkan kematian ratusan kalau tidak ribuan penduduk termasuk anggota pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka.

Tapi kini dia mahu kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan di Thailand. Alasan Chin Peng - dia rakyat Malaysia dan mahu kembali ke negara asal.

Bagi saya Chin Peng wajar diharamkan terus daripada memasuki Malaysia setelah apa yg dia lakukan ketika zaman Komunis dulu.

Banyak sekali nyawa melayang oleh kekejaman Komunis. Banyak anggota tentera yang cedera sepanjang hayat akibat terkena jerangkap samar atau ditembak Komunis ketika bertugas.

Tanyalah Kanang Anak Langkau - pahlawan Sarawak yang juga penerima pingat SP - Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan PGB - Panglima Gagah Berani kerana keberaniannya menentang komunis ketika berkhidmat dalam tentera darat Malaysia suatu ketika dulu.

Untuk rekod, pingat SP dan PGB adalah pingat awam tertinggi dalam negara - malah dikatakan lebih tinggi daripada gelaran Tun.

Tanyalah Kanang Anak Langkau - adakah dia mahu Chin Peng dibenarkan masuk semula ke Malaysia - sudah pasti Kanang Anak Langkau akan bertempik dan menghunus parang pusakanya dengan amarah sekali...

Bagi saya kekejaman Chin Peng tidak ubah seperti Pol Pot - pemerintah kejam Khmer Rouge yang membunuh lebih sejuta penduduk Kemboja pada 1970an.

Namun sedihnya, Chin Peng tidak pernah dibicarakan atas kekejaman lampaunya itu.

Mengapa Chin Peng mahu kembali ke Malaysia ? Apa sudah jadi dengan negara yang menyokong perjuangan Komunis di Malaysia ? Mengapa negara terbabit tidak mahu mengambil Chin Peng sebagai rakyatnya?

Jika Chin Peng benar benar mahu meninggalkan Thailand, saya syorkan dia dibawa masuk saja ke Mexico - ke daerah di mana bermulanya wabak selsema babi.

Kita masih ingat peristiwa 23 Februari 1950 di Bukit Kepong, Johor.

Peristiwa tragis didalangi Komunis itu bermula sekitar 04.15 pagi. 180 anggota komunis mengepung dan menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang hanya dikawal tidak sampai 20 anggota Polis.

Pertempuran bermula apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Adakah dosa Chin Peng di Bukit Kepong sudah dilupakan dan diampunkan.? Bagaimana pula dengan ratusan siri serangan dan sabotaj oleh komunis di seluruh negara sebelum gencatan senjata ditanda tangani di Thailand pada 1989??????????????

Berikut adalah laporan berita Bernama mengenai cubaan Chin Peng masuk semula ke Malaysia.

Bekas pemimpin komunis Chin Peng hari ini gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S.Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan.
Chin Peng, atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusannya berkata dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng memandangkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi adalah betul untuk memaksa Chin Peng yang berumur 85 tahun untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya bagi membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan permohonan bagi mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini.

Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat pengisytiharan itu ditolak apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas dia gagal mematuhi peraturan mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kertas kewarganegaraan.
Dalam prosiding hari ini, peguam Chin Peng, Raja Aziz Addruse menegaskan bahawa bukti kewarganegaraan tidak diperlukan bagi pemohon untuk menunaikan haknya memasuki Malaysia kerana ia juga boleh dibuktikan dengan memanggil adik atau gurunya untuk memberi keterangan.
Katanya mengikut klausa 3(1) perjanjian damai antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bertarikh 2 Dis, 1989, anggota-anggota CPM yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat demikian mengikut undang-undang.
"Mahkamah perlu meneliti apa makna "asal Malaysia". Adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menterjemah perjanjian antarabangsa," kata Raja Aziz.
Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia dan menamakan kerajaan, Menteri Dalam negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebagai defendan.
Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, mendakwa beliau berhak balik ke Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia sejak dilahirkan pada 20 Okt, 1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan dibesarkan di Malaysia.
Dia mendakwa kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki salinan asal sijil itu.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili para defendan.

2 comments:

kristal swarovski said...

jangan bagi dia dok sini la...huhuhu...org mcm ni mau tembak mati ja.....

Malaysian Hollywood 2.0 said...

yeaaaa kristal swarovski

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs