Wednesday, August 12, 2009

Mohamad Asri Ibrahim, vokalis dan ketua kumpulan nasyid, Rabbani, meninggalkan kita



Selepas pemergian Pengarah Filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggal dunia 25 Julai lalu, negara sekali lagi kehilangan seorang insan seni.

Mohamad Asri Ibrahim, vokalis dan ketua kumpulan nasyid, Rabbani, kembali ke rahmatullah 11 pagi tadi, Khamis, 13 Ogos 2009 akibat serangan sakit jantung.

Menurut laporan media, Allahyarham, 40 tahun, rebah sebelum memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri.

Rabbani dianggotai 9 anak muda, di tubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran secara umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Kemunculan Rabbani adalah dengan konsep yang tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Kini Rabbani muncul dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dan mekar dari semasa kesemasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira bangsa dan negara.

Takziah kepada keluarga Allayharham Mohamad Asri.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs