Wednesday, August 12, 2009

H1N1 - 51 maut di Malaysia setakat 13 Ogos 2009



Sumber - Utusan Malaysia online

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Tujuh lagi kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlahnya 51 orang setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua kes kematian itu didapati mempunyai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan imuniti rendah.

Kes kematian tersebut turut membabitkan bayi yang berumur empat bulan dan seorang warga emas yang berumur 92 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASO) di sini hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs