Tuesday, March 30, 2010

Petua seks Malaysia - khas untuk yang sudah berumah tangga sahaja!!



Artikel ini saya dapat ketika melayari internet menerusi google dengan tajuk seks melayu. Salah satu artikel ini didapati daripada http://permataseks.blogspot.com

Saya tidak tahu siapa penulisnya, namun apa yang ditulis memang amat benar sekali iaitu berkaitan petua seks bagi pasangan suami isteri.

Sebahagian ayat dan perkataan dalam artikel asal telah saya ubah supaya bunyinya lebih sopan dan lebih mudah difahami. Ada juga bait bait ayat yang saya tulis sendiri, untuk menyedapkan lagi artikel ini.

Artikel itu ditulis kerana masih ada suami dan isteri di luar sana yang belum mencapai tahap cemerlang dalam subjek asmara dan hubungan seksual suami isteri. Ada yang setakat lulus ngam ngam sahaja. Oleh itu bacalah artikel ini jika ada masa terluang.




Menerusi pembacaan artikel petua seks di internet, saya dapati bahawa hmmm.. menarik juga cara cara dan petua bercumbu rayu yang ditulis... Pendek kata.. Kita perlu mencumbui pasangan kita ketika berasmara sebelum melakukan hubungan suami isteri.

Ikuti petua ini. Tapi ingat dan awassss!! Tips seks orang Melayu dan orang Malaysia ini hanyalah kepada pasangan yang sudah menjalin ikatan sah dari segi agama sebagai Suami Isteri.

Gambar gambar wanita dalam artikel ini pula hanyalah gambar hiasan dan tiada kaitan dengan sesiapa samada yang masih hidup atau telah meninggalkan dunia ini.

Artikel ini juga tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar bacaan sahaja.

Cumbuan sebelum seks adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan melakukan hubungan seksual.



Hendaklah ingat bahawa keinginan seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan titik ghairah iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi titik-titik ghairah yakni bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan pada tubuh wanita sangat luas tersebar di seluruh anggota badannya. Antaranya bibir, tengkuk, cuping telinga, buah dada atau payu dara, leher dan perut, semuanya mudah untuk dirangsang.

Oleh kerana lokasinya yang tersebar luas di merata badan dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum seks atau persetubuhan itu dilakukan.



Berbeza dengan lelaki, maka titik ghairahnya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.



Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila mata lelaki melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan alat kelamin lelaki mengeras dan tegang serta siap sedia untuk melakukan hubungan seksual.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbuan dahulu. Pertama, lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, keseksian tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.



Setelah rohaninya terangsang kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan pada bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya.

Malahan, dalam ajaran agama pun, umat diajar mengenai aspek bercumbuan di kalangan pasangan suami isteri, yakni kita tidak boleh menggauli isteri kita secara terus atau secara tiba tiba sahaja, ataupun main terkam sahaja, tanpa melakukan proses cumbu rayu terlebih dahulu.



Seorang suami haruslah mengetahui titik ghairah isterinya, seperti berikut:

Kening
Bahagian pelupuk mata
Hidung
Pipi dan sekitarnya
Tengkuk
Leher
Cuping dan belakang telinga
Payudara
Bibir dan lidah
Bahagian dalam mulut
Peha dan sekitarnya
Bahagian perut terutama sekitar pusat
Bahagian alat kelamin
Bahagian tumit



Sayugia diingatkan, wanita mempunyai titik ghairah paling sensitif di lokasi berbeza. Sebagai contoh mudah, wanita A mungkin amat ghairah apabila payu daranya dicumbui, namun wanita B pula cukup berahi apabila tengkuknya dicium pasangannya. Sebaliknya wanita C pula akan merengek dengan penuh kenikmatan apabila bahagian pehanya dicium dan dibelai oleh suaminya.

Bahagian-bahagian ini merupakan titik-titik ghairah yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, sama ada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa berahi isteri sehingga klimaks yang diingini.



Ada lelaki yang mencumbui isterinya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, ada dari hujung rambut sampai ke perut sahaja, ada dari tumit sehingga ke peha sahaja, ada mengusap usap di tengkuk dan mengucup bibir sahaja, malahan ada juga mencumbui dari bahagian hujung jari kaki hinggalah ke hujung rambut isterinya (proses ini dikenali sebagai proses Osmosis atau Reverse-takeover - hehehe gurau aja dong).



Tak kisahlah apa caranya, asalkan lelaki dan wanita itu sama sama terangsang dan sedia melakukan hubungan suami isteri dengan penuh nikmat hinggalah mencapai aura klimaks, kerana sesungguhnya ini mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Si Suami pula tidak perlu lagi main kayu tiga dan mencari perempuan lain kerana isterinya sudah memainkan peranan sebagai isteri di atas ranjang, sehinggakan si suami terbaring dengan penuh kepuasan selepas sesi asmara.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti, yang dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta.

Ini diikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbuan (foreplay) yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.



Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan seks (mengawan)? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.



Kucing umpamanya, sebelum mengawan terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu dan cumbuan (foreplay), bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs