Sunday, April 4, 2010

Siti Nurhaliza - bintang paling popular 2009






Sumber Gua.com.my

Selain memenangi Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-12nya, Siti turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 buat kali ketujuhnya. Siti pernah menjulang anugerah yang sama untuk lima tahun berturut-turut bermula 1996 hingga 2000, dan kemudiannya pada tahun 2004.

Edisi ABPBH kali ini berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran ramai artis-artis popular serta koloborasi persembahan yang menarik.

Antaranya persembahan pembukaan yang mantap daripada Bunkface dan Faizal Tahir untuk lagu "Revolusi", gabungan One Nation Emcees dan Datuk M. Daud Kilau untuk lagu "Raja Gelek", penampilan istimewa daripada Datuk Khadijah Ibrahim.

Ketika duet "Doa Buat Kekasih" Alyah dan Dayang Nurfaizah, medley lagu-lagu popular KRU yang dipersembahkan oleh Dafi, Aril, Akim, Hafiz, Faralyna, Ainul Aishah, Diana Danielle dan Marsha, dan tak lupa persembahan penutup yang meletup dari Wings yang melihat Awie beradu kelantangan vokal dengan Black dan Jaclyn Victor.

Namun, majlis malam tadi tidak lari daripada beberapa momen yang menyayat hati apabila terkenangkan pemergian mengejut Allahyarham Ustaz Asri dan Din Beramboi.

Teman-teman seperjuangan Allahyarham Ustaz Asri daripada bekas penyanyi utama Raihan, Nazrey Johani dan anggota-anggota Rabbani telah menyampaikan versi lagu "Kau Pergi Jua" yang begitu menyentuh hati.

Sementara disebalik kegembiraan Aznil Hj Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil memenangi anugerah dalam kategori yang telah dicalonkan, tidak lupa mereka pada Din Beramboi apabila masing-masing mendedikasikan anugerah mereka kepada arwah.

Faizal telah menyimpulkannya dengan baik sekali apabila menyatakan walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Din, "Allahyarham telah menang di hati kita semua".

Berikut senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

Bintang Paling Popular Berita Harian 2009
Dato' Siti Nurhaliza

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Haji Nawawi
Ini merupakan kali ketujuh Aznil menjulang trofi tersebut. Aznil turut mendedikasikan trofi-nya itu kepada Allahyarham Din Beramboi.

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Kemenangan kali ketiga Faizal. Faizal telah mendedikasikan anugerahnya khas kepada Allahyarham Din Beramboi, yang telah tercalon buat pertama kalinya di dalam kategori ini. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Allahyarham, bak kata Faizal, "Allahyarham telah menang di hati kita semua".

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular
Bunkface

Artis Komedi Lelaki Popular
Nabil
Kali kedua Nabil meraih kemenangan dalam kategori ini. Tidak lupa didedikasikan anugerah itu kepada Allahyarham Din Beramboi, yang menurut Nabil merupakan "orang paling kelakar saya pernah jumpa".

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah
Terkejut dengan kemenangannya kerana tidak menyangka mempunyai peminat.

Artis Baru Lelaki Popular
Black

Artis Baru Wanita Popular
Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak
Terlalu gugup hingga cakap pun tersasul.



Pelakon TV Wanita Popular
Tiz Zaqyah


Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat

Penyanyi Wanita Popular
Dato' Siti Nurhaliza
Mengumumkan ini merupakan anugerah ABPBH yang terakhir buat dirinya.

Pelakon Filem Lelaki Popular
Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular
Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Khadijah Ibrahim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs