Monday, May 24, 2010

Keunikan nama di Sabah


Seorang Lelaki Sabah yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa India, Cina dan Siam!!!

Sabah yang terletak di kepulauan Borneo, sememangnya dikenali sebagai negeri yang mempunyai lebih 40 kumpulan etnik. Kepelbagaian etnik dan tradisi itu menyumbang kepada keunikan nama masyarakat di Sabah itu sendiri.

Untuk rekod, antara suku kaum yang terdapat di Sabah adalah rumpun Kadazan Dusun Murut, Lotud, Tatana, Sungai, Tombonuoh, Kokos, Bajau, Dusun Gana, Dusun Tobilung, Rungus, Tidong, Lundayuh dan macam macam lagi.

Selain kaya dengan keunikan gaya hidup tradisional, rumpun masyarakat pelbagai kaum di Sabah juga kaya dengan keunikan nama individunya.

Jangan terkejut jika anda mendengar nama Bahaya, Liar Sungguh, Mahal, Manis Muka, Haji Kalipunya (California), Sikuk, Sahaban (Sabahan), Sabud, Cenderamata, USNO, Berjaya dan Malaysia dan sebagainya.

Di Semporna, pantai Timur Sabah, ada ahli wanita UMNO Bahagian yang bernama Puan Manismuka binti Mohd Dara.

Di Semporna juga, ada lelaki yang bernama Malaysia kerana dilahirkan pada 31 Ogos 1957 atau 16 September 1963, jika saya tidak silap.

Di Sabah Electricity Sendirian Berhad pula, pengurus perhubungan korporat adalah Puan Chenderamata binti Haji Sinteh.

Di Labuan, Ahli Parlimennya bukan jual mahal tapi sekadar namanya memang YB Datuk Yusuf Mahal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah merangkap Bendahari UMNO Sabah pula adalah Datuk Haji Hajiji Haji Noor, kata orang menteri yang paling banyak naik haji.

Penulis berita Utusan Borneo - Abd.Naddin Hj Shaiddin pula pernah menulis dalam laman blognya mengenai pengalaman bertemu seseorang yang namanya Bahaya bin Unggus, 84 tahun dari Kudat dalam laman blognya

http://abdnaddin.blogspot.com/2010/05/pengalaman-didatangi-bahaya.html

Beliau juga pernah menulis mengenai nama Liar Bin Sungguh di sini http://abdnaddin.blogspot.com/2010/05/catatan-tentang-nama-yang-unik.html

Ada juga yang bernama USNO - sempena parti politik terawal di Sabah suatu ketika dulu.

Di Semenanjung pula, ada Menteri yang bernama buah iaitu buah Sukun - Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dulu ada wakil rakyat di Pahang yang bernama YB Yamaha - Yam Ah Ha!!

Tak tau pula jika ada yang bernama Suzuki atau Kawasaki atau Yokohama???

Speaker Dewan Rakyat pula adalah seorang pendekar berhati mulia dari Kota Belud, Sabah - Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Di Sabah juga, beberapa lokasi masih menggunakan nama British iaitu Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Dulunya, Pantai Tanjung Aru dikenali Taman Prince Philip sempena nama suami Ratu Elizabeth kedua.

Begitu juga pekan Beaufort yang bunyinya seolah olah sebuah pekan di Eropah.

Di Kinabatangan pula ada Paris iaitu kampung Paris I, II dan III di Kinabatangan.

Di Kiulu pula ada UK - Ulu Kiulu dan di Likas ada KL iaitu Kampung Likas!!!

Di Papar ada Pantai Manis yang sudah hilang manisnya akibat pencemaran sampah dan hakisan pantai, di Semporna ada penempatan belum sempurna dari segi kemudahan rakyat dan di Pulau Gaya, kini sudah tidak bergaya akibat kebanjiran pendatang asing.

Di Telupid pula ada USA - Ulu Sapi Agropolitan!!!

Di Sarawak, ada Ahli Parlimen yang baik hati dan berkhidmat cemerlang kepada rakyat tetapi kadangkala disalah ertikan sebagai bengis sebab namanya YB Richard Riot!!

Ada juga namanya diambil daripada makanan ruji penduduk Eropah dan Amerika iaitu YB Joseph Salang Gandum!!

Di Sabah pula, YB yang dikatakan pengurup wang paling terkenal ialah YB Tan Sri Joseph Kurup!!

Jangan marah YB2, Datuk2, Tan Sri2 semua... sekadar gurauan aja...

Hmmmm.. Macam Macam... Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan.

Artikel ini bukan bertujuan mempermainkan nama seseorang atau merendahkan individu, namun sekadar ditulis untuk informasi sahaja. Salam kemaafan dan Salam hormat...

2 comments:

disney said...

Name a serving state department with an unlucky number - Datu Tiga Belas (Pengarah Jabatan Arkib Negeri)

bebek said...

Hehehe. you are right Disney... But according to Datu Tiga Belas, the name brings good luck to him...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs