Saya tertanya2 mengapa nyamuk dicipta sebab tiada kegunaannya kepada manusia, Nyamuk hanya membawa penyakit denggi, denggi berdarah (yg boleh membawa maut), malaria, demam kuning dan Chikungunya.
Namun setelah diteliti, nyamuk ada faedah juga kepada manusia dari segi ekonomi, penyelidikan, sains dan perubatan. Tanpa nyamuk, tiadalah syarikat pengeluar racun nyamuk seperti Shieldtox, Ridsect dan Fumakila.
Syarikat2 ini pastinya mempunyai kilang2 yang menggaji ratusan pekerja di seluruh dunia, gaji yang diperolehi pekerja menampung kehidupan keluarga dan digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan seharian - ini semua membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Bila ada nyamuk, maka akan ada banyaklah kajian di universiti mengenai biologi dan topografi dan antropologi nyamuk serta cara mencegah pembiakan nyamuk, maka nyamuk menyumbang untuk Sains.
Nyamuk juga menyumbang kepada sains perubatan dan industri perubatan. Doktor mendapat latihan khusus di universiti mengenai cara mengubati pesakit yang mengalami demam denggi, malaria, chikungunya dan sebagainya.
Hospital juga dibina termasuk menempatkan wad bagi pesakit denggi dan malaria. Pembinaan Hospital juga melibatkan wang yang cukup banyak, bernilai ratusan juta ringgit dan paling tidak pun puluhan juta ringgit maka ia turut memberi faedah kepada industri binaan menerusi pembelian simen, batu, pasir, tiang besi, perabut, mesin perubatan, katil, kerusi dan sebagainya serta juga memberi faedah kepada pekerja binaan dan kontraktor.
Doktor dan jururawat khusus bertugas di wad denggi dan malaria dan cikungunya juga mendapat gaji, dan gaji itu digunakan untuk membeli barangan keperluan - sekaligus menyumbang untuk ekonomi negara juga. Bahan mentah seperti racun nyamuk dan ubat ubatan juga melibatkan impot dan ekspot - satu lagi sumbangan untuk ekonomi.
Hidup Nyamuk... opssss Hidup Brazil... Juara Piala Dunia 2010!!!
No comments:
Post a Comment