Rempah Ratus Piala Dunia 2010.
Juara Piala Dunia 2010 ialah Sepanyol setelah menewaskan Holland 1-0 di final, gol kemenangan Sepanyol dijaringkan Andres Iniesta diminit ke 116 masa tambahan selepas kedudukan kekal 0-0 selepas tamat 90 minit masa perlawanan.
Manakala tempat ketiga dimenangi Jerman setelah menewaskan Uruguay 3-2 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.
Ini kali pertama pasukan Eropah menang Piala Dunia di luar benua Eropah. Apabila Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010, ia kali pertama dalam sejarah 2 pasukan Eropah yang berbeza Negara, menang piala Dunia berturut turut, kerana kejohanan lalu dimenangi Itali, juga wakil Eropah pada 2006.
Kali terakhir pasukan Eropah menang Piala Dunia 2 kali berturut turut ialah 1934 dan 1938, melibatkan pemenang dari Negara yang sama iaitu Itali.
Brazil pula muncul satu satunya pasukan dari Amerika Selatan yang menjuarai Piala Dunia 2 kali berturut turut pada 1958 dan 1962.
Ini juga kali pertama seekor haiwan iaitu sotong diberi nama Paul The Octopus menarik perhatian ramai di Piala Dunia. Ketika 32 pasukan berentap di Piala Dunia di Afrika Selatan, kira kira 12,000 kilometer jauhnya di sebuah zoo di Jerman, Paul, si Sotong mendapat perhatian dunia kerana keupayaannya meramal dengan tepat keputusan perlawanan Piala Dunia.
Pada awalnya, Paul si sotong hanya meramal keputusan perlawanan melibatkan pasukan Jerman dan dia berjaya meramal dengan tepat kesemua 7 perlawanan melibatkan pasukan Jerman, termasuk ramalan Paul bahawa Jerman akan kalah bertemu Serbia di peringkat kumpulan dan Jerman akan tewas menentang Sepanyol di separuh akhir. Nyata dan benar, Jerman tewas 0-1 kepada Serbia dan 0-1 kepada Sepanyol.
Paul juga meramalkan dengan tepat sekali, kemenangan Jerman dalam perlawanan kumpulan menentang Australia (Jerman menang 4-0) dan Ghana (Jerman menang 1-0) serta pertembungan pusingan kedua menentang England (Jerman menang besar 4-1) dan Argentina (Jerman menang besar lagi 4-0).
Pada awalnya, ramai tidak ambil peduli dengan ramalan Paul, lebih lebih lagi penyokong fanatik England dan Argentina yang sama sekali tidak percaya pasukan mereka akan tewas kepada Jerman. Namun hakikatnya England dan Argentina pulang awal dibenam Jerman.
Sekaligus menimbulkan kemarahan peminat England dan Argentina yang mendakwa Paul lah punca kekalahan pasukan mereka di tangan Jerman..!!!
Paul juga meramal dengan tepat Jerman menang ke atas Uruguay dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 di mana Jerman mengatasi Uruguay 3-2.
Pada final, seluruh dunia menanti nanti apakah ramalan Paul dalam final antara Sepanyol dan Belanda?? Dalam siaran langsung TV yang dipancarkan ke seluruh dunia, Paul memberi isyarat Sepanyol menang dan begitulah yang terjadi..!!!
Mungkinkah ini suratan atau kebetulan?? Hmmmmm… Yang nyata kelibat Paul tidak kelihatan lagi pada Piala Dunia 2014 kerana pemiliknya di zoo Jerman memberitahu Paul sudah bersara dan tidak mahu lagi meneka keputusan perlawanan bolasepak selepas ini.
Apa tidaknya, selepas ni ada banyak lagi ramalan yang akan dibawa kepada Paul termasuk Euro 2012, Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, La Liga, Champions League dan malahan juga sukan Olimpik…!!!
Inilah Gadis Zulu di sebuah perkampungan di Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Bola yang digunakan dalam kejohanan itu dikenali Jabulani bermaksud memberikan kegembiraan kepada semua orang (dalam bahasa Zulu). Jabulani direkabentuk oleh syarikat pengeluar barangan sukan terkenal dunia dari Jerman, ADIDAS.
Sejenis trompet panjang dikenali Vuzuzela menjadi ikon kejohanan kerana dimainkan hampir setiap penonton yang memenuhi stadium. Namun bunyi Vuvuzela yang memekakkan telinga menjadi rungutan pemain, penonton lain serta hos penyiar TV kerana dikatakan terlalu bising dan desibelnya melebihi bunyi mesin pemotong rumput...!!
2 insiden penonton masuk padang dan menggangu permainan juga direkodkan.
Pada perlawanan separuh akhir Jerman menentang Sepanyol, seorang lelaki Itali dikenali Mario Ferri masuk padang di minit ke 3 sebelum digusti dan ditangkap pasukan keselamatan.
Sebelum final Piala Dunia antara Sepanyol dan Belanda, seorang lelaki dikenali Jimmy Jump cuba menghampiri Piala Dunia yang dipamerkan sebelum berjaya diberkas pasukan keselamatan.
Mengikut satu pusingan unik 48 tahun yang SAYA NAMAKAN SEBAGAI “THE WORLD CUPPA”, pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan silih berganti menjuarai Piala Dunia setiap 4 tahun sekali sejak kejohanan 1962 hingga sepatutnya ke kejohanan 2010.
Pusingan “THE WORLD CUPPA” itu tidak pernah berubah dengan pemenang piala dunia 1962 dari Amerika Selatan (Brazil) diikuti Eropah – England juara pada 1966, Amerika Selatan pada 1970 – Brazil juara, Eropah pada 1974 – Jerman Barat juara, Amerika Selatan pada 1978 – Argentina champion, Eropah pada 1982 – Itali juara, Amerika Selatan pada 1986 – Argentina juara, Eropah pada 1990 – Jerman Barat juara, Amerika Selatan pada 1994 – Brazil juara, Eropah pada 1998 – Perancis juara, Amerika Selatan pada 2002 – Brazil juara dan akhir sekali Eropah pada 2006 – dijuarai Itali. Mengikut pusingan “THE WORLD CUPPA”, sepatutnya juara piala dunia 2010 adalah milik Amerika Selatan.
Namun pusingan unik 48 tahun “THE WORLD CUPPA” berakhir pada Piala Dunia 2010 yang kali pertama dianjurkan di bumi Afrika, kerana pemenangnya dari Eropah – iaitu Sepanyol dan bukan dari Amerika Selatan kerana Brazil, Argentina semuanya tewas kepada lawan masing masing pada suku akhir. Brasil tewas 1-2 kepada Belanda manakala Argentina dibelasah 0-4 oleh Jerman.
Sebaliknya pencapaian terbaik pasukan Amerika Selatan dicatatkan Uruguay yang mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas 2-3 kepada Belanda. Uruguay juga tewas 2-3 kepada Jerman pada penentuan tempat ketiga dan keempat.
Apapun THE WORLD CUPPA masih tepat kerana Sepanyol adalah bahasa yang dituturkan di sebahagian besar Negara di Amerika Selatan, oleh itu bagi saya Sepanyol selaku juara Piala Dunia 2010 mewakili bumi Amerika Selatan.
Pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 bermula pada Ogos 2007 melibatkan 204 pasukan dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Tonga, Fiji, Guam, Timor Leste, Vanuatu, Laos, New Guinea, New Caledonia, Luxembourg dan pasukan kerdil lain.
32 pasukan yang layak mengambil bahagian dalam pusingan akhir Piala Dunia 2010 termasuk Korea Utara yang membuat penampilan pertama dalam tempoh 44 tahun, kali terakhir layak pada Piala Dunia 1966 di England.
New Zealand sedang beraksi
New Zealand juga layak setelah kali terakhir beraksi pada Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Begitu juga Algeria yang penampilan terakhirnya pada 1986 di Mexico. Serbia juga beraksi buat kali pertama sebagai Negara Serbia setelah perpecahan Yugoslavia dan kemunculannya sebagai Negara baru setelah sebelum ini dikenali Serbia – Montenegro dan pernah muncul pada piala dunia 2006 di Jerman.
Daripada 32 pasukan yang layak itu, ranking tertinggi dalam FIFA adalah Brazil di kedudukan pertama diikuti Sepanyol di ranking 2, Portugal ke 3, Belanda ke 4, Itali ke 5, Jerman ke 6 dan Argentina ke 7.
Korea Utara adalah pasukan ranking terbawah FIFA yang layak dengan kedudukan ke 105 dunia manakala kedudukan ke 2 terbawah ialah Afrika Selatan di ranking ke 83 dan New Zealand ranking ke 78.
Secara keseluruhannya, 736 pemain mewakili 32 pasukan negara masing masing, lebih separuh bermain di 5 liga domestik utama di Eropah iaitu 117 bermain di Liga Inggeris, 84 di Bundesliga, 80 di Liga Itali, 59 bermain di La Liga, Sepanyol dan 46 bermain di Liga Perancis.
Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona membekalkan 13 pemain ke pelbagai pasukan Piala Dunia – yang terbanyak berbanding kelab lain. 7 daripada pemain Barcelona itu bermain untuk Sepanyol, manakala pemain seperti Lionel Messi bermain untuk Argentina.
Selaku tuan rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan membelanjakan 8.4 billion rand atau USD1 billion untuk membina pelbagai kemudahan Piala Dunia. Ini termasuk membina 5 stadium baru dan menaik taraf 5 stadium sedia ada.
Kerja naik taraf juga dilakukan ke atas lapangan terbang utama termasuk O.R Tambo International airport di Johannesburg, yang menjadi pintu masuk antarabangsa ke Afrika Selatan. Kemudahan baru termasuk jaringan jalanraya, jejambat, perkhidmatan keretapi metro dan sub, dan sistem lalu lintas yang lebih efisien turut dilaksanakan dan disiapkan.
Hotel, restoran dan premis komersial baru juga diwujudkan dengan banyak di sekitar Afrika Selatan.
Lazimnya Piala Dunia dianjurkan ketika musim panas, namun di Afrika Selatan yang terletak dalam hemisfera selatan, musim panas di Eropah bermakna musim sejuk di Afrika Selatan. Perlawanan pada waktu malam boleh mencecah di bawah 10 darjah Celcius, oleh sebab itulah kita dapat melihat di kaca TV, penonton memakai baju tebal ketika menonton perlawanan di stadium.
Cuaca pada waktu tengahari juga tidak terlalu panas dengan suhu purata 16 darjah Celcius. Saya tahu keadaan ini sebab saya pernah pergi ke Afrika Selatan.
Afrika Selatan Negara yang amat luas, jika anda menaiki pesawat dari Johannesburg ke Cape Town di selatan, ia mengambil masa 2 jam 30 minit, sama seperti dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, meliputi jarak sejauh 2,000 kilometer.
Negara itu juga dikenali dengan habitat semulajadi haiwan dikenali The Big Five iaitu Singa, Harimau Bintang, Gajah, Kerbau Afrika dan Badak.
Aspek keselamatan di Afrika Selatan khususnya di Bandar menempatkan stadium Piala Dunia seperti Johannesburg, Cape Town, Durban, Port Elizabeth, Pretoria dan Bloemfontein, diperkemaskan dan dipertingkatkan ekoran insiden jenayah yang begitu tinggi di Negara berkenaan. Umpamanya, Afrika Selatan mencatat 50 kes bunuh setiap hari, statistik jenayah kekerasan lain termasuk rompak dan rogol juga amat tinggi di Negara itu.
Afrika Selatan sebelum ini menjadi Negara larangan dikunjungi kebanyakan Negara yang memutuskan hubungan diplomatik akibat dasar Apartheid, dasar perkauman pemerintah kulit putih ke atas golongan kulit hitam di Negara itu.
Meskipun terletak di bumi Afrika, Afrika Selatan sebenarnya pernah diperintah penjajah dari Belanda dan Inggeris sejak abad ke 19 termasuk Presiden suatu ketika dulu, F.W De Klerk.
Hanya setelah pembebasan pejuang kulit hitam Afrika Selatan, Nelson Mandela pada awal 1990an, berjaya menamatkan rejim Apartheid dan Mandela menjadi Presiden Afrika Selatan.
Sehingga kini, ramai rakyat kulit putih keturunan Belanda dan Inggeris bermastautin di Afrika Selatan dan bekerja di pelbagai sektor. Terdapat ramai juga masyarakat India yang tinggal sebagai penduduk tetap dan rakyat Afrika Selatan setelah mengikuti Mahatma Gandhi yang berhijrah ke Afrika Selatan sebelum Gandhi kembali ke India untuk menentang kependudukan British.
Ramai masyarakat Melayu yang berasal dari Tanah Melayu menetap di Afrika Selatan khususnya di Cape Town.
Jaringan terbesar pada Piala Dunia 2010 ialah ketika Portugal membelasah Korea Utara 7-0 pada perlawanan peringkat kumpulan. Namun Portugal gagal ke suku akhir setelah ditewaskan Sepanyol 1-0 pada pusingan kedua atau dikenali round of 16.
Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol mencatat kemenangan 1-0 dalam 4 perlawanan berturut turut di peringkat kalah mati iaitu menewaskan Portugal 1-0 pada pusingan kedua, mengalahkan Paraguay 1-0 di suku akhir, membenam Jerman 1-0 di separuh akhir dan mengecewakan Belanda / Holland / Netherlands di final, juga dengan keputusan 1-0. Pada perlawanan pertama Sepanyol di Piala Dunia, pasukan La Furia Roja itu tewas 0-1 kepada Switzerland, namun Switzerland gagal ke pusingan kedua setelah tewas
Terdapat 7 pemain Barcelona dalam kesebelasan utama Sepanyol ketika kempen Piala Dunia 2010, antaranya Carles Puyol, Andres Iniesta, Xavi dan Pique. Real Madrid pula diwakili Ketua Pasukan dan Penjaga Gol - Iker Casillas, Sergio Ramos dan Xavi Alonso.
Manakala penyerang David Villa yang menjaringkan 5 gol dalam Piala Dunia 2010 bakal memperkuatkan lagi pasukan Barcelona apabila menyertai kelab itu. Barcelona sudahpun mempunyai pemain terbaik dunia 2009 Lionel Messi dari Argentina.
Kemenangan Sepanyol itu adalah yang pertama dalam sejarah sejak Sepanyol menyertai Piala Dunia.
Kejayaan menjulang Piala Dunia buat kali pertama sejak Piala Dunia dianjurkan pada 1930 membolehkan Sepanyol muncul antara 8 negara yang pernah menjuarai Piala Dunia selain Brazil – juara 5 kali (1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002), Itali – juara 4 kali (1934, 1938, 1982, 2006), Jerman – Juara 3 kali (1954, 1974, 1990), Argentina – Juara 2 kali (1978, 1986), Uruguay – juara 2 kali (1930, 1950), England – juara 1 kali (1966) dan Perancis – juara 1 kali pada 1998.
Arjen Robben - kecewa lagi...
Kekalahan Holland 0-1 kepada Sepanyol adalah kekalahan ketiga dalam final Piala Dunia buat pasukan Oranje. Pada final 1974, barisan Holland diketuai lagendanya Johan Cruyff tewas 1-2 kepada Jerman Barat dan pada final 1978, Holland tewas 1-3 kepada Argentina. Jerman Barat dan Argentina ketika itu adalah Negara tuan rumah yang Berjaya menjulang Piala Dunia.
Kemenangan Sepanyol dalam menjuarai piala dunia 2010 memungkinkan kesemua barisan pemain Barcelona dan Real Madrid dalam pasukan Sepanyol, sudah mengecap kejayaan dalam kesemua kejohanan yang ditawarkan bolasepak dunia. Barcelona dan Real Madrid sudah memenangi La Liga Sepanyol, Champions League, Piala Raja Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia. Sepanyol juga telah muncul juara Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 di final, jaringan tunggal Fernando Torres.
Dua pemain Barcelona, Xavi (kiri) dan Puyol - tonggak Sepanyol
Carles Puyol, Pertahanan Barcelona dan Sepanyol - walaupun mempunyai fesyen rambut yang ganjil ala penyapu lantai atau MOP Style, Puyol sudah mengecapi semua gelaran bolasepak dunia. Hidup Puyol. Puyol itu Sepanyol dan Sepanyol itu Puyol.
Antara pemain Sepanyol yang sudah menang semua kejuaraan bolasepak dunia ialah Carles Puyol, tonggak pertahanan Barcelona yang menjuarai Champions League sebanyak 2 kali menewaskan Arsenal 2-1 dan Manchester United pada 2008. Puyol juga sudah menjulang La Liga Sepanyol sebanyak 4 kali dan juara Euro 2008.
Kempen Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 bermula dengan kejutan apabila ditewaskan Switzerland 1-0, sebelum pasukan digelar La Furia Roja (The Red Fury) itu memenangi baki 6 perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke final dengan menewaskan Honduras, 2-0, Chile 2-1, Portugal 1-0, Paraguay 1-0, Jerman 1-0 dan Holland 1-0 di final.
Dua finalist Piala Dunia 2006 iaitu Perancis dan Itali pulang awal setelah gagal mara di peringkat kumpulan.
Perancis Juara 1998 dan Naib Juara 2006, sekadar seri 0-0 dengan Uruguay pada perlawanan pembukaan dalam kumpulan A sebelum tewas 0-2 kepada Mexico dan 1-2 di tangan Afrika Selatan. Dengan hanya mengutip 1 mata, Perancis mengulangi pencapaian terburuknya pada piala Dunia 2002 apabila tewas 0-1 kepada Senegal, 0-2 kepada Denmark dan sekadar seri 0-0 dengan Uruguay dan muncul sebagai juara bertahan terkeluar dengan rekod terburuk, hanya mendapat 1 mata dan tanpa menjaringkan sebarang gol.
Perancis juga mengalami krisis dalaman apabila penyerang utamanya Nicolas Anelka diarah pulang ke Paris ketika Perancis memerlukan khidmatnya untuk perlawanan terakhir menentang Afrika Selatan. Anelka sebelum itu dikatakan bergaduh dengan jurulatihnya Raymond Domenech. Ini membawa kepada situasi pemain memboikot sesi latihan skuad Perancis kerana membantah tindakan menghantar pulang Anelka. Akhirnya, Perancis di tangga tercorot kumpulan mereka di bawah Uruguay, Mexico dan Afrika Selatan.
Itali – juara 3 kali dan juara 2006, juga diaibkan apabila sekadar mengutip 2 mata dan disingkirkan awal. Hanya seri 1-1 menentang Paraguay pada perlawanan pertama, Itali terus hambar apabila seri 1-1 dengan New Zealand yang kali terakhir layak ke Piala Dunia pada 1982 sebelum tewas mengejut kepada Slovakia 2-3. Itali di tangga tercorot di kumpulan mereka, di bawah New Zealand.
Tuan Rumah Afrika Selatan, meskipun berjaya mengutip 4 mata, juga gagal mara ke pusingan kedua, seri 1-1 dengan Mexico, tewas 0-3 kepada Uruguay dan menewaskan Juara 1998 Perancis 2-1. Namun Uruguay layak dengan 7 mata serta Mexico yang mengutip 4 mata layak dengan perbezaan gol lebih baik berbanding Afrika Selatan. Afrika Selatan juga menjadi Negara tuan rumah pertama gagal mara ke pusingan kedua atau pusingan kalah mati.
Sebaliknya, pasukan kerdil di ranking 78 dunia iaitu New Zealand kekal satu satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam piala dunia 2010. Dengan 3 seri, New Zealand bagaimanapun tidak dapat ke pusingan ke 2 kerana dipintas Paraguay dan Slovakia dari segi bilangan mata.
Juara – Sepanyol pernah tewas sekali pada perlawanan pertama 0-1 di tangan Switzerland, manakala rekod 6 kemenangan berturut turut Belanda dalam piala dunia 2010 lebur apabila tewas 0-1 kepada Sepanyol pada final.
Pada perlawanan peringkat kumpulan, hanya Argentina dan Belanda yang mempunyai rekod kemenangan 100 % iaitu 3 kemenangan daripada 3 perlawanan.
Pada mulanya final mempertemukan 2 pasukan Amerika Selatan atau pun menyaksikan juara milik pasukan Amerika Selatan, tampak menjadi kenyataan sebagaimana teori “THE WORLD CUPPA”, apabila 4 pasukan Amerika Selatan, Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay layak ke suku akhir. Manakala hanya 3 pasukan Eropah layak iaitu Belanda, Sepanyol dan Jerman serta 1 wakil Afrika, Ghana.
Namun dalam 4 perlawanan suku akhir, 3 daripada 4 pasukan Amerika Selatan itu tewas kepada lawan masing masing dari Eropah iaitu Brazil tewas 1-2 kepada Belanda ekoran kebodohan pemainnya Felipe Melo, Argentina yang diharap ke final selepas Brazil tersingkir sebaliknya mengalami kekalahan lebih teruk, dibelasah 0-4 oleh Jerman dan Paraguay ditewaskan Sepanyol 0-1.
Hanya Uruguay meneruskan kemaraan ke separuh akhir apabila menewaskan wakil tunggal Afrika Ghana, menerusi sepakan penalti 4-2 setelah kedudukan terikat 1-1 sama selepas tamat 90 minit dan masa tambahan 30 minit.
Sebenarnya Ghana boleh memenangi perlawanan itu kalau tidak kegagalan Asamoah Gyan menjaringkan sepakan penalty pada minit terakhir masa tambahan kedua. Namun sepakannya tinggi melambung ke langit dan terkena palang.
Sepakan penalti itu diberikan kepada Ghana setelah penyerang Uruguay, Luis Suarez dengan sengaja menampan bola dengan tangan untuk mengagalkan cubaan Ghana yang sudahpun menuju jarring ketika penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera, sudah tertewas. Jika Suarez tidak memegang bola itu, sudah pasti Uruguay tewas dan tidak ke separuh akhir dalam tempoh 40 tahun. Namun jika Asamoah Gyan berjaya menjaringkan penalti itu, sudah pasti Ghana mencipta sejarah pasukan pertama Afrika layak ke separuh akhir Piala Dunia.
Sejumlah 145 gol dijaringkan dalam 64 perlawanan Piala Dunia 2010 (purata 2.27 gol setiap perlawanan) dalam kejohanan yang diadakan buat pertama kalinya di bumi Afrika di Afrika Selatan.
Gol pertama dijaringkan pemain tuan rumah, Siphiwe Tshabalala ketika Afrika Selatan seri 1-1 dengan Mexico pada perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 11 Jun 2010 di Soccer City, Johannesburg. Gol terakhir Piala Dunia 2010 dijaringkan midfield Sepanyol, Andres Iniesta ketika Sepanyol menewaskan Belanda 1-0 di final pada 11 Julai 2010, juga di Soccer City, Johannesburg.
Pemain Uruguay, Diego Forlan dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan piala dunia 2010, pemenang kasut emas penyerang muda Jerman, Thomas Mueller yang baru berusia 20 tahun dan bermain dengan Bayern Munich. Sarung tangan emas untuk penjaga gol terbaik pula milik penjaga gol Sepanyol Iker Casillas. Pemain terbaik perlawanan akhir piala Dunia diundi milik penjaring gol kemenangan Sepanyol, Andres Iniesta.
4 pemain yang menjaringkan 5 gol jika mengikut peraturan sepatutnya berkongsi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak kejohanan iaitu Wesley Sneijder (Belanda), Diego Forlan (Uruguay), Thomas Mueller (Jerman) dan David Villa (Sepanyol). Jika dilihat, kesemua 4 pemain ini mewakili 4 pasukan masing masing yang layak ke separuh akhir atau pasukan top 4 piala dunia 2010.
The Great French super striker - Just Fontaine
Just Fontaine (Perancis) kekal pemain menjaringkan paling banyak gol dalam satu kejohanan piala dunia apabila ledakan 13 golnya pada Piala Dunia 1958, belum dapat diatasi oleh mana mana pemain sehingga sekarang. Meskipun menjaringkan 13 gol, Just Fontaine masih gagal membawa Perancis sebagai juara Piala Dunia edisi 1958 itu kerana pasukannya ditewaskan juara kejohanan itu, Brazil di separuh akhir. Perancis bagaimanapun menduduki tempat ke 3 selepas menewaskan Jerman Barat 6-3 dengan 4 gol disumbang Just Fontaine.
Ketika ini, penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman ialah penyerang Brazil, Ronaldo yang meledak 15 gol dalam 3 penampilan Piala Dunia pada 1998, 2002 dan 2006.
Ledakan Ronaldo membawa Brazil ke final 1998 namun tewas 0-3 kepada tuan rumah Perancis, namun menjuarai Piala Dunia 2002 menewaskan Jerman 2-0 dan tersekat di peringkat suku akhir pada 2006, tewas 0-1 kepada Perancis.
Namun beberapa pemain berstatus bintang, megastar dan pemain terbaik dunia, gagal menjaringkan gol dalam World Cup 2010. Antaranya pemain terbaik dunia 2009 – Lionel Messi dari Argentina, Kaka (Brazil) – pemain terbaik dunia 2008 serta penyerang England – Wayne Rooney.
Apa sudah jadi dengan Lionel Messi??
Kejohanan Piala Dunia 2010 menawarkan hadiah wang tunai USD 420 juta ringgit oleh FIFA. Juara menerima USD 30 juta dolar Amerika, naib juara – USD 24 juta, tempat ke 3 – USD 20 juta dan tempat ke 4 USD 18 juta.
Pasukan yang terkeluar di suku akhir pula menerima USD 14 juta, pasukan terkeluar di pusingan kedua mendapat USD 9 juta manakala pasukan yang terkeluar di peringkat kumpulan, masih membawa pulang USD 8 juta.
Ini bermakna 22 pemain dalam satu pasukan yang gagal ke pusingan kedua masih boleh membawa pulang kira kira Ringgit Malaysia 1 juta ringgit. Ini termasuklah pemain simpanan yang tidak pernah diturunkan. Wah…Lumayan kan??? Bila Malaysia nak layak ke World Cup??
Kontoversi pengadil terus mewarnai kejohanan kali ini, sepertimana Piala Dunia masa lalu. Antaranya gol Frank Lampard untuk England yang tidak dikira oleh pengadil Uruguay, Jorge Larrionda ketika England tewas 1-4 kepada Argentina.
Jorge Larrionda - pemain yang menghancurkan harapan England apabila gol Lampard dikatakan beliau sebagai tidak gol..!!!
Begitu juga gol Carlos Tevex untuk Argentina yang dijaringkannya dalam kedudukan offside ketika Argentina menewaskan Mexico 3-1 pada pusingan kedua.
Pengadil Mali, Koman Coulibaly juga menerbitkan kemarahan penyokong Amerika Syarikat apabila tidak membenarkan gol ketiga Amerika Syarikat ketika USA seri 2-2 dengan Slovenia.
6 daripada 10 venue stadium di Afrika Selatan terletak dalam kawasan altitud tanah tinggi melebihi 1,200 meter dari paras laut. Yang tertinggi ialah 2 stadium di Johannesburg (Soccer City – venue final dan Ellis Park) yang terletak 1,750 meter dari paras laut.
Afrika Selatan mempunyai sekurang kurangnya 15 lagi stadium utama yang telah dinaik taraf tetapi tidak digunakan sebagai venue Piala Dunia. Antaranya Cecil Payne Stadium, Giant Stadium, Orlando Stadium, Super Stadium, Sugar Ray Xulu dan King Zwelithini Stadium.
Pengadil dari England, Howard Webb dipilih pengadil final Piala Dunia 2010 antara Sepanyol dan Belanda pada 11 Julai 2010. Howard Webb juga adalah pengadil ketika final Champions Leauge pada May 2010 yang menyaksikan Inter Milan menewaskan Bayern Munich 2-0. Ini bermakna Webb melihat wajah dan aksi pemain Belanda Arjen Robben sebanyak 2 kali pada 2 final itu.
Arjen Robben - 2 kali kecewa dalam finals Champions League, pasukannya Bayern Munich tewas 0-2 kepada Inter Milan pada May 2010. 2 bulan kemudian, Pasukan negaranya Belanda tumpas 0-1 kepada Sepanyol di final Piala Dunia 2010 pada 11 Julai 2010!!!
Hidup Sepanyol. La Furia Roja, Gracias Senor. Holland in pain stung by Spain. Viva Espana...
Terima kasih kerana membaca, thanks for reading. Bye and have a nice day…
No comments:
Post a Comment