Daripada jutaan peminat setia the Red Devils atau Manchester United, seorang daripadanya ialah pewaris tahkta Britain, Putera William yang baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan Kate Middleton pada 29 April 2011 lalu di Westminster Abbey, London.
Namun kurang sebulan selepas Putera William berkahwin, dia pasti kecewa kerana pasukan pujaannya pasti akan tewas di tangan Barcelona pada final Champions League di stadium Wembley pada sabtu 28 Mei 2011 ini.
Di Malaysia, ada jutaan peminat setia Manchester United termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada Jumaat 6 Mei 2011 lalu, Najib melukai dan menguris hati jutaan peminat Liverpool di seluruh dunia apabila dia berkata Manchester United ada stesen TV sendiri, Chelsea pun ada stesen TV sendiri dan Liverpool pula stesen TVnya - History Chanell.!! Kata kata itu diungkapkan ketika beliau bersiaran di Hot FM di Sri Pentas, TV3.
Kita masing ingat final Champions League di Rome Itali pada Mei 2009 yang dimenangi Barcelona atau The Catalans dengan jaringan 2-0, gol disumbat Sameul Eto'o yang juga pemain terbaik Afrika dan kini beraksi untuk Inter Milan di Itali.
Satu lagi gol dalam final 2009 disumbat Lionel Messi yang dianggap pemain ajaib pengganti lagenda Argentina, Diego Maradona.
Man Utd ada kelebihan bermain di England, namun sayugia diingatkan 7 pemain Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia 2010 dibarisi pemain Barcelona termasuklah benteng pertahanan berambut ala penyapu atau Guffy, Carles Puyol.
Begitu juga tunjang midfield yang dikenali dengan hantaran defence splitting kelas dunia iaitu Andres Iniesta dan Xavi serta barisan serangan David Villa.
Apa akan terjadi pada malam final 28 Mei 2011 ini?
Sudah Pasti Puyol dan Gerard Pique tidak mampu ditembusi Wayne Rooney dan Ryan Giggs ataupun pemain bernama wanita iaitu Nani.
Iniesta dan Xavi pasti memporak perandakan pertahanan United diketuai Rio Ferdinand dan Memanja Vidic dan Anderson.
Dan David Villa dan Lionel Messi pasti mengkucar kacirkan Van Der Sar yang pasti dipaksa memungut bola dari gawang sendiri.
Meski untuk bunyi ayat yang bagus, David Villa sepatutnya bermain untuk Aston Villa kerana bunyinya yang sama, namun Villa dan Messi pasti menjulang Barca ke puncak kegemilangan Eropah dan dunia pada malam final di Wembley, 28 Mei 2011 ini.
Apapun Hidup Liverpool kerana saya peminat Liverpool..
You will never walk alone.. Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment