Monday, May 2, 2011

Selepas kematian Osama bin Laden, kini Mullah Mohamed Omar pula diburu





Pemimpin tertinggi Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan komando elit tentera laut Amerika dikenali Navy Seal di kediaman mewah dan dikawal rapi di Abbottabad, Pakistan, pada tengah malam Isnin 2 Mei 2011.




Selepas kematian Osama bin Laden, tumpuan USA/NATO/CIA kini terarah kepada usaha memburu seorang lagi pemimpin pengganas iaitu pemerintah no.1 Taliban Mullah Mohamed Omar.

Mullah hanya ada 1 mata saja sebab 1 lagi buta masa perang dan berbeza dengan Osama bin Laden yang pernah ditemubual media dan digambar, Mullah tidak membenarkan sama sekali dirinya digambar..

Siapa yang melanggar perintah itu nescaya kepalanya akan ditembak dari jarak dekat menggunakan raifal automatik buatan Soviet Union, AK47 Kalashnikov rifle!!!

Mullah telah memusnahkan banyak kereta kebal Soviet Union ketika perang Afghanistan semasa pendudukan USSR di Afghanistan 1980-1988 termasuk di Jalalabad dan Kandahar.

Setelah Afghanistan ditakluki pula tentera Amerika Syarikat, Mullah dilaporkan merancang aktiviti perang gerila termasuk pengebom berani mati ke atas Tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di Afghanistan.

Mullah yang dilahirkan pada 1959 kini dilaporkan bersembunyi di wilayah Pashtun samada di Pakistan atau Afghanistan.

Amerika Syarikat menawarkan ganjaran US25 juta kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya Mullah.

Dimana engkau berada sekarang wahai Mullah....???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs