Wednesday, February 8, 2012

2 Imej berbeza KFC, Kentucky Fried Chicken, layanan mesra dan bergaduh



Setiap kali berkunjung ke KFC atau Kentucky Fried Chicken, kita pasti disambut dengan layanan mesra pekerjanya yang berkata "Selamat Pagi Encik, nak order apa? Makan sini atau Take Away? Nak Original Recipe atau Hot and Spicy?"

Layanannya begitu mesra seperti iklan di bawah :



Namun lain pula jadinya di sebuah premis outlet KFC di I-City, Kuala Lumpur apabila seorang pekerjanya telah menumbuk seorang pelanggan!!



Insiden mengejutkan itu telah diupload ke dalam Youtube dan mendapat pelbagai reaksi.

Ada menyalahkan pelanggan berbangsa Cina itu kerana tidak sabar dan membuat bising kerana terlalu lama menunggu giliran dan bila tiba gilirannya pula ayam dikatakan sudah habis!!!

Ada juga menyalahkan pekerja KFC itu kerana dia tidak boleh menumbuk pelanggan KFC!! Ingat.. KFC adalah jenama dunia yang wujud sejak 1950, diasaskan Colonel Harland Saunders di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat.

Jadi, anda selaku pekerja KFC perlu berdiplomasi. Bila pelanggan marah marah, tenangkan mereka, jangan tumbuk kerana insiden ini memburukkan imej KFC di seantero dunia yang mempunyai lebih 24 ribu pekerja dan perolehan USD 520 juta pada 2007.

Hmmm Kentucky memang sedap....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs