Tuesday, February 7, 2012

Pembubaran parti KITA menunjukkan perjuangan parti itu tidak jelas : Rosnah Shirlin



Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pembubaran Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA)  menunjukkan perjuangan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim tidak ke mana selain parti itu sendiri menawarkan perjuangan yang tidak jelas arah tujunya. 

Malah boleh saja dirumuskan cubaan Zaid Ibrahim menubuhkan KITA adalah sia-sia  malah pengakuan pemimpin itu sendiri bahawa KITA adalah satu kesilapan jelas membuktikan bahawa kewujudan parti itu dibuat tanpa perancangan teliti, tanpa matlamat serta hala tuju yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Jika dilihat alasan pembubaran KITA, Zaid cuba mengetengahkan KITA sebagai parti yang ideal - menentang ekstremis dalam pembangkang pada masa yang sama tidak bersetuju dengan sesetengah budaya dalam Barisan Nasional, malah beliau juga tidak mahu KITA dilihat terlalu kritikal terhadap pembangkang. Daripada pendirian tersebut jelas menunjukkan bahawa Zaid sendiri gagal mengenal pasti apa yang beliau dan ahli-ahli KITA inginkan sehingga parti itu gagal mendapat sambutan di kalangan orang ramai.

Pembubaran KITA sememangnya telah dijangka berdasarkan kepada hala tuju parti itu yang dilihat cuba duduk di tengah-tengah tetapi pada masa yang sama tidak bersedia menerima kritikan sehingga akhirnya Zaid sendiri mengakui bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan.

Justeru jika Zaid percaya kepada peribahasa Melayu yang menyebut ‘jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan’ maka kembalilah kepada perjuangan sebenar dan tawarkan perkhidmatan yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs