Datuk Harris Mohd Salleh adalah Ketua Menteri Sabah selama 9 tahun, sejak Jun 1976 sehingga kejatuhan parti Berjaya ditangan Parti Bersatu Sabah, PBS pada Mac 1985.
Datuk Yong Teck Lee adalah Ketua Menteri Sabah selama 2 tahun mengikut sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah, mulai 1996 hingga 1998. Yong Teck Lee menggantikan Datuk Salleh Said Keruak sebelum digantikan pula Tan Sri Bernard Dompok. Namun Dompok hanya menjadi Ketua Menteri Sabah selama 10 bulan sahaja setelah tewas di DUN Moyog pada pilihanraya Sabah, Mac 1999.
Inilah kisah yang menjadi pertikaian Yong Teck Lee dan Harris Salleh, mengenai nahas udara 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain termasuk beberapa menteri kabinet Sabah seperti Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Salleh Sulong.
Saman Fitnah: Yong Teck Lee Diarah Bayar RM1Juta
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Rabu, 29 Februari 2012 memerintahkan bekas Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau (Harris)berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata Yong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa "terdapat darah" di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.
Katanya beliau mendapati perkataan "jenayah" dan "pembunuhan" yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.
Harris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau (Harris) ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.
Hakim Abdul Rahman berkata beliau berpendapat RM1 juta merupakan jumlah yang adil dan wajar dengan mengambil kira semua aspek kes itu termasuk perilaku defendan dan juga hujahannya yang masih lagi memburukkan keperibadian dan kewibawaan Harris.
"(Perbuatan) ini amat kejam terhadap plaintif," katanya.
No comments:
Post a Comment