Wednesday, February 29, 2012

The Star sudah beberapa kali melakukan kesilapan, adakah editornya buta huruf??

Akhbar harian The Star adalah akhbar paling laris di Malaysia dengan purata 300,000 naskah dijual setiap hari di seluruh Malaysia.

Akhbar berbahasa Inggeris itu sudah lama berada di pasaran, beroperasi sejak September 1971 dan kini dimiliki parti MCA, komponen BN.

Namun editor bahagian hiburan dan majalahnya seolah olah buta huruf, buta warna, buta hati kerana menyiarkan artikel yang membuta tuli, tidak sensitif dengan agama lain, sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.



Ogos 2011, The Star terpaksa meminta maaf kerana kekhilafan menyiarkan artikel mengenai juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan yang turut mengandungi sebuah menu "pork" atau daging babi yang sememangnya haram dalam Islam.

Justeru, The Star terpaksa meminta maaf.



Minggu ini, The Star sekali lagi terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan gambar penyanyi soul Amerika Syarikat Erykah Badu, memaparkan tatoo kalimah Allah pada badannya. Penyiaran gambar itu membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia dan sekaligus konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur pada Rabu, 28 Februari 2012 terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan.

Adakah The Star akan meminta maaf lagi selepas ini?

Sudahkah tindakan sewajarnya diambil ke atas editor yang membenarkan 2 kesalahan lampau itu ditendang keluar?

Adakah The Star mahu menempuh nasib sama dengan akhbar Sarawak Tribune di Sarawak yang terpaksa ditutup ekoran menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W??

Difahamkan, penganjur konsert Erykah Badu mahu menyaman The Star kerana pembatalan konsert Erykah Badu yang menyebabkan kerugian kepada penganjur.

Ini kerana penganjur sudahpun mendapat kelulusan kerajaan bagi konsert berkenaan, namun masalah timbul dan pembatalan dibuat kerana penyiaran gambar kontroversi Erykah Badu itu oleh The Star.

Hanya The Star sahaja akhbar Malaysia yang dilaporkan menyiarkan gambar kontroversi itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs