Wednesday, February 29, 2012

Puteri UMNO sanggah kenyataan Ahli Jkuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengenai perpecahan Melayu



Pergerakan Puteri UMNO dalam satu kenyataan hari ini, Khamis 1 Mac 2012, menyanggah kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad  bahawa perpecahan undi di kalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah kepada rakyat negara ini. Sebagai seorang pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu agama yang dianuti orang Melayu di negara ini, kenyataan tersebut sama seperti menyokong perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Puteri UMNO hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang gemar kepada perpecahan dan permusuhan malah dalam banyak keadaan mereka lebih rela bekerjasama dengan orang bukan Islam dan tergamak mengetepikan penyatuan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Kenyataan Dr. Dzulkefly itu seolah-olah menggambarkan betapa bangganya beliau dengan perpecahan undi Melayu di negara ini sehingga ada negeri jatuh kepada parti bukan Melayu dan dikuasai oleh orang bukan Melayu sehingga nasib Melayu terpinggir dan tidak terbela.

Menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar atas),
sudah tiba masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri dan merenung secara mendalam setiap kenyataan yang dibuat pemimpin beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi mereka lebih suka melihat Melayu berpecah sedangkan Barisan Nasional (BN) bersusah payah mahu menyatukan orang Melayu untuk memastikan kedaulatan negara ini terus terpelihara.

2 comments:

Anonymous said...

sekiranya melayu sudah hilang kuasa maka ianya memberi satu impak yang besar kepada negara...

bebek said...

benar sekali Anonymous...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs