Friday, September 14, 2012

Putera William dan isteri Catherine Middleton, tiba di Sabah, Jumaat 14 September 2012


Ketibaan pewaris tahkta Britain ini, Putera William dan Kate Middleton disambut rakyat Sabah berpakaian tradisi di tarmac terminal 2, Airport KK











Akhirnya Putera William dan Kate Middleton, pasangan diraja British, menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah. pesawat khas membawa Duke and Duchess of Cambridge mendarat di Terminal 2, KKIA tepat 7.57 malam. Hujan tidak halang sambiutan tr
adisi di tarmac.

Namun mengapa hanya ada 1 PAYUNG untuk pasangan diraja ini ketika turun dari kapal terbang?? Nampaknya Kate dan William basah sikit badannya. Dan putera William terlanggar bahagian kepala sekejap dek payung yg dipegang Kate namun William hanya senyum..

Ohh yaa pasti senang dan gembira, 2 anak kecil, berusia 7 tahun dan 10 tahun, Tasnin dan Jannah, saya diberitahu anak Noredah Othman, pegawai kanan di Sabah Tourism Board, Kota Kinabalu, yang memberikan jambakan bunga kepada Kate Middleton di airport KK...

Kate tunduk dan bercakap mesra dengan 2 anak kecil itu selam kira kira 10 saat. lepas tu ada reception di Shangri-La Tanjung Aru Resort dimana pertunjukan tarian tradisi untuk pasangan diraja sebelum Kate dan William masuk bilik....

Esok pasangan diraja British ini akan melawat ke Danum Valley, Danum Valley untuk meninjau sendiri eksplorasi kawasan hutan hujan tropika ternama dunia. Danum Valley dikatakan lebih tua dari Hutan Amazon di Amerika Selatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs