Monday, September 17, 2012

Usia sebenar Malaysia, tidak harus timbul debat dan kekeliruan kata Tan Sri Herman Luping


Tan Sri Herman Luping, bekas peguam Besar Sabah





Tarikh ulang tahun kemerdekaan Malaysia 31 Ogos, namun Hari Malaysia 16 September



Tarikh ulang tahun kemedekaan Amerika Syarikat 4 Julai

Malaysia adalah sebuah negara unik di dunia kerana mempunyai dua tarikh keramat kemerdekaan dan pembentukan malaysia iaitu 31 ogos 1957 dan 16 september 1963.

Tidak sepatutnya timbul kekeliruan mengenai usia ulang tahun kemerdekaan negara, jika sejarah negara, benar benar dihayati dan difahami.

Bagi bekas peguam besar sabah, tan sri herman luping, kedua dua tarikh itu, 31 ogos dan 16 september amat signifikan bagi memperingati kemerdekaan negara dan penubuhan malaysia.

Kata Luping :

"kitorang punya independent day 31st of august 1957, independence day for malaysia, that includes sabah because we are now part of this nationlah, malaysia punya nation, tapi the formation of malaysia, the birth of malaysia 16hb sembilan tahun 63, so that is the malaysia day, malaysia sekarang sudah 49 tahun tapi kitorang punya independence is 55"


Luping berkata demikian ketika ditemuramah media di Kota Kinabalu sempena Hari Malaysia ke 49 yang jatuh pada 16 September 2012.

Katanya, sebagai contoh Amerika syarikat mencapai kemerdekaan pada 4 julai 1796, namun ketika itu hanya mempunyai 13 negeri.

Negeri terakhir, Hawaii hanya bergabung dengan amerika syarikat pada 21 ogos 1959 sebagai negeri ke 50 negara uncle sam itu.

Namun tarikh ulang tahun kemerdekaan yang disambut di hawaii adalah 4 julai, sama dengan tarikh rasmi kemerdekaan negara Amerika syarikat.

Menurut tan sri Herman luping lagi, apa yang lebih penting, semua pihak di malaysia, bersatu padu dan sama sama mempertahankan nikmat kemerdekaan agar negara terus aman, makmur dan disegani di dunia.

Malaysia Boleh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs