Selepas insiden pesawat MAS MH370 yang lenyap di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu, ada saja berlaku kepada pesawat Malaysia. 5 kejadian itu berlaku antara 19 Mac 2014 hingga tadi pagi 26 Mac 2014, seperti berikut :
19 Mac 2014, sebuah pesawat terbang murah dalam penerbangan ke Miri dari Kota Kinabalu dikatakan berpatah balik ke Kota Kinabalu selepas sebuah pintu pesawat dikesan menghadapi masalah teknikal di ruang udara Kimanis. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh isteri seorang penumpang, kakitangan RTM KK..
21 Mac 2014, Pesawat MAS MH114 membawa 180 penumpang dari Kuala Lumpur, melanggar sekumpulan burung di Kathmandu Nepal pada 21 Mac 2014 ketika pesawat hendak mendarat. Pesawat hanya mengalami kerosakan kecil iaitu "aircraft's landing light lens cover was broken."
23 Mac 2014, Pesawat Airbus MAS MH006 membawa 271 penumpang dalam perjalanan ke Incheon, Korea, terpaksa melencong dan mendarat di Hong Kong selepas satu daripada generatornya menghadapi masalah.
24 Mac 2014, pesawat Malindo Air terpaksa balik ke Kota Kinabalu setelah sistem penghawa dinginnya menghadapi masalah. Perkara ini diceritakan kepasda saya oleh seorang penumpang, Berikut kata katanya dalam fb saya:
"tadi pagi 11.30 setelah belayar lebih kurang 1 jam di atas pesawat malindo...tiba 2 udara panas membara rupaya aircon rosak dan terpaksa return back to kk...macam 2 hal berlaku atas kapal kita nie bro.....bikin panas rusak busness...
"Banar baa.....anak2 lah yg paling cemas dan tidak mau sudah naik kapal...betul2 menyusahkan...syukurlah semua selamat...
"yaa...bro ramai kawan2 yg bslik rumah terus sama anak2 yg dalam ketakutan...harap2diorang kena ambil tindakan...."
Pagi tadi, hari ini Rabu 26 Mac 2014, Pesawat Malindo Air ke Terengganu berpatah balik ke Subang pagi tadi selepas sistem pengesan kebakaran beri amaran ketika pesawat berada 7000 kaki di udara. Antara penumpangnya, pasukan bolasepak liga super Terengganu.
No comments:
Post a Comment